aszulqa.com

GLAMHALL BUFFET RAMADAN 2022_Buffet Ramadhan Bawah RM100

Glamhall buffet ramadan 2022 yang bukan sahaja menarik malah juga sedap. Mesti ramai yang suka berbuka puasa di tempat yang menarik, banyak port OOTD, selesa, mampu milik & paling penting sedap…kalau itulah yang anda cari-cari, buffet ramadhan 2022 di Glamhall, damansara ada kesemua ciri-ciri itu.

 

Haaaaa….teruja tak tengok entrance glamhall ni? Jangan teruja dulu, sebab tu baru sipi-sipi je. Banyak lagi spot menarik kat glamhall, memang terbaik untuk port OOTD.

Dihias dengan kreatif, cantik dan teliti tempat berbuka puasa best ini terletak di mercu Mustapha Kamal tingkat 6 dan 7. Jika sampai ke mercu Mustapha Kamal anda hanya perlu ke parking tingkat 4 & 5 untuk naik lift atau eskalator ke glamhall di tingkat 6. Bayaran parking pun murah je, sis bayar cuma RM4 untuk ruang parking yang banyak dan selesa.

 

APA YANG MENARIK DI GLAMHALL? Dengan kata lain USP Glamhall ni…
  • Kepelbagaian juadah berbuka puasa yang pasti menambat selera…lebih 100 hidangan akan di hidangkan buat anda semua…dari LAUK KAMPUNG, LAUK KENDURI sehingga MENU HARI RAYA dan pelbagai lagi
  • DAGING HARIMAU MENANGIS adalah FREE FLOW yaaa..Dihidangkan dengan sos yang pedas-pedas manis tu perghhh memang tambah nasi gais! “Menangis” makan ni sebab sedap sangat.
  • KAMBING BAKAR of course lahh ada..tak nama buffet ramadhan kalau tiada en memgembekk nih.. Menu paling WAJIB dan dinantikan! Yang penting siap ada mashed potato & coleslaw sekali ye! Nyumssss
  • MENU NASI BRIYANI menjadi idaman time time berbuka puasa nih…pekena pula dengan ayam masak merah dan acar, memang terangkattt!
  • AYAM GORENG KPOP .. digoreng secara live ye, confirm terliuq! Makan panas-panas nih..wow sangat! Ada pilihan sos iaitu soy garlic dengans sos red pepper 
  • 25 CORNER & STALLs, ada pelbagai jenis makanan dan stall yang sangat menarik
  • Live cooking stall seperti stall kambing bakar, daging harimau menangis, ayam goreng Kpop, dimsum, roti john, roti jala dll.
  • DECORATION GLAMOUR sebab tulah namanya glamhall.. tapi ingattt bukan makan jer glam.. ibadah kene lebih glam.. Of course tempat ini di deko dengan cantik dan menarik, banyak port OOTD dari dalam dewan hinggalah ke outdoor deck
  • TEMA TAHUN INI berkonsep MODERN BLUE MORROCAN yang di hiasi indah oleh MAHLIGAI CREATIVE WEDDINGS

 

Ini dia menu ramadhan buffet Glamhall 2022
25 LIST OF STALLS:
Stall 1 : Nasi & Lauk Pauk
Stall 2 : Briyani corner
Stall 3 : aneka kerabu
Stall 4 : aneka sambal
Stall 5 : Ayam k-pop corner
Stall 6 : Oden corner
Stall 7 : Mee & kuey teow goreng
Stall 8 : Tradisi Raya
Stall 9 : Kambing Golek
Stall 10: Daging Harimau Menangis
Stall 11: kuih Muih Tradisional
Stall 12: Aneka bubur & pengat
Stall 13: Roti Jala (live cook)
Stall 14: Roti john
Stall 15: Air panas
Stall 16: Aneka air sejuk
Stall 17: cendol & ABC
Stall 18: Dim sum & Pau
Stall 19: Aneka keropok
Stall 20: Dessert & cakes
Stall 21: chocolate fountain
Stall 22: Buah-buahan
Stall 23 :Aneka sup & soto
Stall 24: Kids corner

 

Menu yang sedap kat sini ialah roti john…special sebab ada sos cheese, itu yang menambahkan kesedapan roti john kat sini. Balik rumah pun masih teringat-ingat roti john ni. Lepas staff dah masak roti john tu, kita boleh letak sayur sebanyak mana yang kita nak dan drizzle lah sebanyak mana sos yang kita suka…ada sos cheese, mayonis dan sos cili.

Menu kat sini juga kids friendly sebab memang ada stall khas untuk kids corner. Sebenarnya bukan kanak-kanak je suka menu ni, mak ayah kanak-kanak pun suka =). Buktinya sis pun enjoy makan nasi goreng dia, sedap juga. Nasi goreng cina kot, tak pedas dan secukup rasa ditambah dengan fish ball. Sis tanya fish apa? dia kata salmon fish…oooo patutla sedap dan tak gatal. Sis ni bukan boleh makan ikan sebarangan, sebab ada alergik. Selalunya sis elak fish ball, tapi kalau dah dari ikan salmon memang pass! Selain fish ball, fried wantan tu pun sedap.

Sebenarnya sis makan je dulu nasi goreng cina tu sebab bagi can orang lain beratur ambil nasi dan lauk-pauk. Waktu tu dah azan, sis sampai lambat sebab jem. Takde hal kalau tak makan nasi dan lauk pauk dulu pun, sebab kat rumah pun hari-hari makan nasi kan. Sebelum makan nasi goreng cina tu sis dah terjah stall daging harimau menangis. Ni pun sedap terbayang-bayang kesedapannya sejak dari makan buffet ramadhan Lantera Venue, cahaya SPK.

Ok, lepas dah solat maghrib dan orang pun dah tak beratur barulah sis ambil nasi dan lauk pauk. Hari ni ada nasi putih dan nasi beriani. Lauk pauk yang ada ialah ayam masak merah, ayam masak lemak cili api, daging masak hitam, sotong berlada, kepah kamheong, sayur dalca, masak lemak rebung dan pelbagai jenis kerabu. Lauk pauk utama memang sentiasa refill, waktu sis nak balik pun masih banyak lagi lauk pauk tu. Tiada istilah lauk tak cukup kat sini. Menu lauk-pauk ni mungkin bertukar setiap hari, kalau anda datang hari lain mungkin lauk pauknya lain sedikit.

Seronok tengok adik tu menjala kat gerai roti jala. Lembut roti jalanya. Roti jala ni pun kids friendly juga sebab tak pedas langsung karinya. Bagi orang dewasa yang suka makan kuah kari pedas, jangan risau kat sebelah kuah kari tu juga ada disediakan sambal ikan bilis sebagai tambahan.

 

Makan roti jala bersama teh tarik, memang nikmat. Lepas tu dengar pula alunan lagu dan muzik dari live band, boleh hilang penat kerja seketika. Cumanya teh tarik tu sis rasa boleh improve lagi bagi rasa kelat teh, sebab yang sis rasa cuma manis je. 

Oh ya! selepas mendaftar di kaunter pendaftaran, kat sebelah kiri laluan tersusun stall kerepek & keropok, chocolate fountain, desserts & cakes dan aiskrim corner. Manakala kat sebelah kanan ada kuih muih corner. Sis lupa nak ambil dan rasa kuih muih tu sebab dah kekenyangan.

Dalam pukul 9 malam sebelum sis gerak nak balik, mereka masih refill dessert iaitu puding roti. Panas-panas lagi uolls! Favourite pula, apa lagi sis tak jadi balik…ambil puding roti dan rasa, memang umphhh tambah pula makan panas-panas, best!

Untuk penggemar desserts dan kek macam sis ni, selalunya sis cari kaunter dessert dulu. Nampak tak tu pelbagai dessert yang bukan saja nampak cantik tapi sedap tak mengecewakan. Kek pandan gula melaka tu lembut sedap secukup rasa.

Buah-buahan pun mestilah ada, nampak tak anggur tu….jarang buffet nak ada buah anggur. Tapi anggur ni once dah habis, mereka tak refill dah…yelah buah mahal kan. Buah-buahan lain memang sentiasa refill macam tembikai, betik, nenas dll.

Nantikan video penuh untuk lihat keseluruhan suasana dan makanan di glamhall buffet di sini. Ada banyak lagi port OOTD yang sis tak tunjuk di sini contohnya outdoor deck, jadi korang jangan lupa tengok video di youtube ya.

Harga buffet ramadhan Glamhall 2022:
Dewasa          RM89 (online booking)
Kanak-kanak   RM49 (online booking)

Sebarang pertanyaan, tempahan dan info lanjut klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 3 =

Scroll To Top