Nasi Kerabu amat sinonim dengan negeri Kelantan. Nasi kerabu tumis adalah makanan ruji orang Kelantan sepanjang hari baik untuk sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Ini kerana nasi kerabu sangat senang didapati di kedai-kedai makan yang menawarkannya.
Walaupun penyediaan nasi kerabu ini remeh dan susah, namun kerana terdapat banyak permintaan dan banyak sumber bahan mentah di Kelantan maka harga nasi kerabu di Kelantan masih lagi murah jika dibandingkan dengan kawasan bandar di Lembah Klang. Nasi kerabu yang sudah siap berbungkus juga mudah didapati di kebanyakan kedai makan dan restoran di Kelantan walaupun kedai makan itu tidak menyediakan nasi kerabu.