Jika anda masih mencari-cari lokasi buffet Ramadhan 2023 Damansara dan sekitar Petaling Jaya, apa kata anda cuba buffet Ramadan The Club Bukit Utama hasil ‘air tangan’ Tumis Teak 5 yang popular di Publika.
Berlokasi strategik di bandar Utama, Petaling Jaya memudahkan anda untuk ke lokasi bufet Ramadan The Club Bukit Utama. Anda boleh membeli-belah di sekitar mall seperti One Utama Shopping mall yang terletak berhampiran iftar bufet ini.
Untuk ke tempat buffet Ramadan ini dianjurkan, anda perlu mencari kawasan swimming pool. Jika anda menjumpai satu banner dan kereta antik yang dipamerkan disebelahnya, anda sudah sampai ke lokasi yang tepat. Dari situ anda perlu menuruni anak tangga ke basement dan menjumpai Olympic swimming pool.
Sebaik memasuki buffet Ramadan The Club Bandar Utama, mata tertumpu pada ‘food island’ di tengah-tengah hall yang disirami cahaya lampu yang menarik. Kesemua ‘makanan berat’ seperti lauk-pauk disusun rapi di sini.
Manakala di penghujung deretan makanan pula terdapat port OOTD ataupun ‘instagrammable spot’ untuk anda bergambar kenangan. Dengan berlatarbelakangkan tagline ‘Nostalgia @ The Club 2023’, anda berpeluang bergambar bersama dengan koleksi motosikal antik dan basikal antik sebagai dekorasi utama port OOTD ini.
Selain itu, terdapat satu lagi koleksi ‘rare’ sebagai deko di sini iaitu replika meriam yang ditempatkan di dalam ruang makan hall. Cantik juga jika bergambar kenangan di sini. Tema ‘Nostalgia’ cuba dizahirkan oleh penganjur melalui kesemua koleksi antik kereta, motosikal dan basikal, termasuklah replika meriam.
Beralih kepada ruang makan pula, memang luas dan berhawa dingin. Cukup selesa dan tidak perlu bersesak-sesak dengan masalah meja yang disusun berdekatan antara satu sama lain.
Manakala deretan ‘stall’ di luar hall juga sangat menarik kerana berhadapan dengan Olympic ‘swimming pool’. Antara ‘stalls’ makanan yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
‘Signature menu’ yang dibawakan khas oleh Tumis Publika ialah daging maut yang super spicy. Bagi peminat makanan pedas dan berempah anda patut cuba ni. Tapi kalau tak tahan pedas, jangan di cuba-cuba kerana memang pedas berapi. Selain itu pertama kali kami jumpa nasi lemak kuning di sini, sesuatu yang baru dan boleh dicuba.
Buffet Ramadhan The Club Bandar Utama by Tumis banyak menyajikan menu lauk-pauk, boleh rambang mata dibuatnya. Menu lauk-pauk ini mungkin sedikit berubah setiap hari, iyalah bosan juga jika setiap hari lauk-pauk yang sama sahaja selama sebulan berpuasa kan. Antaranya menu buffet Ramadhannya ialah sotong masak hitam, ayam berempah, ayam masak cili kering, pelbagai sayur ‘stir fry’, ulam-ulaman, kerabu dan sebagainya.
Anda boleh sudahi ‘makanan berat’ dengan memilih aneka menu pencuci mulut seperti kuih muih, puding dan kek. Boleh juga basahkan tekak dengan ais kacang ataupun cendol yang terdapat di warung yang dihias cantik bersama sebiji motosikal antik. Tidak ketinggalan juga potongan buah-buahan segar seperti buah naga, betik, anggur dan sebagainya.
Maklumat lanjut dan tempahan adalah seperti berikut:
Buffet Ramadan THE CLUB BANDAR UTAMA by Tumis
Tema: Nostalgia
RM45.00 – KANAK-KANAK
The Club Bandar Utama,
No.1, Club Drive,
RM2
Bersebelahan hall
019-327 3998