aszulqa.com

buffet ramadan bawah RM100 di NORANOM, sesuai untuk seisi keluarga

Ibadah puasa yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam bakal tiba pada 23 Mac 2023. Syukur alhamdulillah kita masih dikurniakan rezeki bertemu lagi dengan bulan Ramadan tahun ini.

Iftar ramadan pastinya lebih bermakna apabila kita dapat berbuka puasa bersama dengan orang yang tersayang. Usai berbuka puasa, bertarawikh pula bersama ahli keluarga samada di masjid, surau mahupun rumah.

Dalam membiasakan diri dengan rutin harian baru di bulan puasa, pastinya kita keletihan. Sesekali berbuka puasa di buffet ramadhan sebagai destinasi berbuka puasa anda sekeluarga pasti dapat menggembirakan hati anak-anak dan mengurangkan kepenatan ibu-ibu menyediakan juadah berbuka puasa saban hari. Buffet ramadan Noranom adalah salah satu bufet yang mampu milik dan di bawah RM100. Noranom menyajikan  lebih daripada 80 menu juadah untuk anda nikmati dalam suasana ala-ala kampung dan selesa.

 

Buffet ramadan Noranom 2023 bertempat di Dewan Serbaguna Puchong Utama (Majlis Perbandaran Subang Jaya). Ini bukanlah kali pertama Noranom menganjurkan ramadan bufet kerana pada tahun-tahun sebelum ini juga Noranom pernah mengadakan buffet berbuka puasa di pelbagai lokasi. Jika berbuka puasa di Noranom anda tidak perlu risau tentang parking kerana ruangnya luas dan percuma. Paking sahaja di depan dewan, terus boleh melangkah masuk ke dalam dewan buffet. Dewannya juga luas, selesa, berhawa dingin dan mesra kanak-kanak. 

 

Sebelum memasuki gerbang utama dewan buffet, anda sudah ‘disambut dengan’ semerbak bau kambing bakar daripada ‘stall live cooking’ di sebelah kiri dewan. Boleh sahaja terus beratur di ‘stall’ kambing grill kerana kebiasaannya kambing grill inilah yang selalu diserbu terlebih dahulu oleh pelanggan. 

 

Apa yang menarik kat Noranom Event & Catering ialah terdapat 10 gerai ala-ala bazaar ramadan. 10 ‘stalls’ ini menyediakan minuman sejuk dan masakan panas ‘street food’ kegemaran rakyat Malaysia:
1/ kambing grill & mushroom soup
2/ kuey teow & bihun goreng
3/ goreng-gorengan (karipap, cekodok, popia dll)
4/ gerai roti john & lempeng pisang
5/ gerai chapati & ayam masala
6/ sup tulang, kuey teow & bihun
7/ wedges, mini sosej & nugget
8/ taufufa, cendol, ABC, aiskrim kon
9/ laksa Sarawak
10/ air balang & minuman panas seperti teh tarik

 

Menu istimewa buffet ramadhan Noranom ialah nasi beriani gam kambing dan nasi briyani gam ayam. Sangat sedap dipadankan dengan ayam masak merah atau gulai kawah, dalca sayur dan acar buah yang awesome! Anda jangan lepaskan peluang mencuba acar buah yang sedap ini. Menu lauk kenduri seperti ini adalah kepakaran Noranom Event Catering yang sudah 15 tahun bertapak dalam dunia perniagaan katering.

 

Bagi kita yang bertekak Melayu ini, berbuka puasa mesti nak cari lauk pauk masakan kampung kan. Jangan risau, anda datang ke buffet ramadan yang betul kerana Noranom banyak menyajikan juadah masakan melayu. Antara lauk pauk masakan kampung yang disajikan seperti ulam-ulaman dan kerabu, daging tetel asam pedas, pajeri terung, seafood masak lemak lemak cili api, ikan keli masak cekur, paru goreng ketumbar dan sebagainya.

 

Bagi penggemar ‘dessert’ pula, ada pelbagai pilihan pastri, kek dan kuih muih tradisional Melayu dan kuih muih moden yang sedap. Kanak-kanak pula pasti sukakan chocolate fountain bersama marshmallow. Ada pelbagai jenis puding yang lemak manis dan berwarna warni.

 

Anda patut cuba cream puff gebu dan montok, lemak berkrim dan mencair dalam mulut kerana ia sangat sedap. Bagi yang sedang ber’diet’, rasanya berbaloi langgar diet sehari jika dapat makan cream puff gebu sesedap itu.

 

Anda boleh lihat senarai menu buffet Ramadan Noranom 2023 seperti poster di bawah:

 

 
HARGA BUFFET RAMADAN 2023 NORANOM:
EARLY BIRD (SAH SEHINGGA 29/3/2023)
RM69.50 – DEWASA (12 TAHUN KEATAS) 
 
NORMAL PRICE (29/3/2023-19/4/2023)
RM75.00 – DEWASA (12 TAHUN KEATAS)
RM71.00 – TEMPAHAN 10 KEATAS / OKU / STUDENT 
RM40.00 – KANAK-KANAK / WARGA EMAS
PERCUMA (6 TAHUN KEBAWAH)

LOKASI: 
(DEWAN SERBAGUNA MBSJ PU7, PUCHONG)
JALAN PUCHONG UTAMA 7, TAMAN PUCHONG UTAMA, 
47150 PUCHONG, SELANGOR

PARKING:
Percuma

SURAU:
Disediakan

MAKLUMAT LANJUT :
010-362 4711 – Fatin
017-577 0237 – Wani
010-464 0194 – Yati
011-1240 4985 – Bella

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + 2 =

Scroll To Top