aszulqa.com

makan buffet hotel mewah ‘International buffet dinner’ hotel Hilton Kuala Lumpur yang mengujakan!

Makan buffet hotel mewah ‘International buffet dinner’ hotel Hilton Kuala Lumpur adalah pengalaman yang sangat mengujakan! Hotel 5 bintang yang gah ini terletak berhampiran dengan KL Sentral. 

Jika anda dari tempat letak kereta di P1 dan menuju ke lobi hotel, anda akan melalui terlebih dahulu dua ‘entrance’ hotel yang sebelah menyebelah iaitu di sebelah kanannya ialah pintu masuk ke lobi Hotel Le Meridien Kuala Lumpur dan sebelah kirinya pula barulah Hotel Hilton KL. Jangan tertukar masuk ke pintu masuk Le Meridien KL pula ya! Bayaran parking Hilton Hotel KL sewaktu artikel ini ditulis ialah RM9 dan perlu di ‘validate’ di kaunter reception sebelum anda keluar.

Daripada lobi hotel anda boleh sahaja bertanya dengan staff hotel yang ramah untuk ke Vasco’s di mana buffet dinner ini diadakan, restoran ini terletak sama ‘level’ dengan lobi. Sebaik melangkah masuk ke Vasco’s, anda akan terpesona dengan rekabentuk dalamannya yang gah dan lain daripada yang lain. ID yang gah ini seakan-akan berkonsepkan ‘Antoni Gaudi’s Architecture’.

 

Hotel Hilton KL menyajikan ‘syurga’ makanan laut yang pelbagai. Makanan laut yang selalu dicari-cari ialah ‘oyster’ dan ianya besar dan segar di sini.  Terdapat ‘seafoods on ice’ dengan pelbagai varieti seperti oyster, udang, ketam, ‘escargot’, ‘clam’ dan sebagainya. Mungkin disebabkan banyak varieti ‘seafoods’ harga buffetnya lebih tinggi berbanding hotel lain.

Selain varieti makanan laut yang banyak, anda juga tidak perlu risau dengan andaian kesemua makanan laut ini cepat habis seperti di sesetengah hotel lain kerana ‘seafoods on ice’ di Hilton KL sentiasa di ‘top up’ apabila berkurangan. 

SEAFOODS ON ICE

SEAFOODS ON ICE

 

Pernah tengok ‘ayam golek’ di dalam hotel? Anda berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana ayam golek dipanggang di dalam Hotel Hilton KL. Sejurus siap dipanggang, ayam ini akan di bawa ke kaunter oleh chef dan akan disajikan untuk tetamu apabila ada permintaan.

 

‘Japanese food’ yang ditawarkan di sini adalah sashimi, inari, mix seafood okonomiyaki, ‘assorted’ maki, sushi dan sebagainya. Agak banyak juga varieti makanan Jepun di sini. Penggemar makanan Jepun jangan lepaskan peluang menikmati ‘Japanese food’ yang segar di sini di samping hidangan masakan Antarabangsa lain.

 

Pilihan menu makanan Barat ataupun ‘western food’ juga ada banyak pilihan di sini. Dari salad segar dengan pelbagai sos dressing hinggalah daging steak yang ‘juicy’ dan lembut serta ayam panggang yang menggugat rasa. Pizza dan pasta yang sinonim dengan ‘Western food’ semestinya ada di Hilton KL. Istimewanya pizzza di bakar secara ‘live cooking’ dan dihidangkan panas-panas untuk tetamu. Demikian juga dengan pasta yang hanya akan di masak panas-panas apabila ada permintaan dari tetamu. 

 

Anda juga berpeluang merasai sendiri keju asli tanpa sebarang campuran. Bagi anda yang tahu menghargai keunikan dan keaslian sesuatu makanan, anda pasti gembira dengan pengalaman menikmati ‘original cheese’ yang lebih ‘mewah’ rasa kejunya berbanding keju biasa yang terdapat di pasaran.

 

Walaupun berkonsepkan buffet Antarabangsa, makanan Melayu dan nasi putih tetap disajikan dengan beberapa pilihan lauk. Selain itu terdapat juga ‘Indian food’ seperti ayam tandoori, kari ikan, dhal dan sebagainya. Nasi briyani tidak dilupakan. 

 

Bagi penggemar ‘noodle’ terdapat pilihan kari laksa, mee jawa, sup ayam dan sebagainya yang disediakan panas-panas oleh chef apabila ada permintaan. 

 

Kaunter ‘dessert’ yang memukau pandangan dan pasti buat anda tak senang duduk kerana dihias cantik dan mempersembahkan pelbagai pilihan kek, tart, mousse, macaron, puding dan sebagainya. Diserikan lagi dengan kuih muih dan pengat bubur. Di belakang kaunter dessert terdapat churros, puding roti, buah-buahan segar, ABC dan aiskrim.

DESSERT ISLAND

 

Sambil makan sesuap dua kek, sambil hirup kopi latte panas yang pasti sangat menyenangkan hati anda. Kopi lattee boleh didapati di ‘coffee machine’ sekitar ‘dessert island’ yang menawarkan pelabagai coffee lain sperti Americano, espresso, macchiato, capucinno, white coffee atau sekadar susu segar buat kanak-kanak.

Penggemar hotel buffet boleh KLIK join group untuk lebih banyak review Malaysia Hotel Buffet yang kami kongsikan untuk manfaat bersama.

Dengan varieti makanan yang pelbagai, apatah lagi bertemakan ‘International Buffet’ adalah sangat berbaloi untuk anda merasai pengalaman makan buffet hotel di Hilton Kuala Lumpur. Menu buffet hotel juga mungkin sedikit berbeza setiap hari. Jadi untuk sebarang pertanyaan & tempahan boleh berhubung seperti maklumat di bawah:

Telefon: +603 2264 2264
Email: KULHI_F&B_Sales@hilton.com
 
Official website for Hilton KL latest F&B Promotions www.eatdrinkhilton.com/shop/hilton-kl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − five =

Scroll To Top