aszulqa.com

Buffet Ramadhan 2023 The Club Bukit Utama by Tumis Teak 5

Jika anda masih mencari-cari lokasi buffet Ramadhan 2023 Damansara dan sekitar Petaling Jaya, apa kata anda cuba buffet Ramadan The Club Bukit Utama hasil ‘air tangan’ Tumis Teak 5 yang popular di Publika.

Berlokasi strategik di bandar Utama, Petaling Jaya memudahkan anda untuk ke lokasi bufet Ramadan The Club Bukit Utama. Anda boleh membeli-belah di sekitar mall seperti One Utama Shopping mall yang terletak berhampiran iftar bufet ini.

Untuk ke tempat buffet Ramadan ini dianjurkan, anda perlu mencari kawasan swimming pool. Jika anda menjumpai satu banner dan kereta antik yang dipamerkan disebelahnya, anda sudah sampai ke lokasi yang tepat. Dari situ anda perlu menuruni anak tangga ke basement dan menjumpai Olympic swimming pool.

Read more

Buffet Ramadan bawah RM100 di Hotel Bertaraf 4 Bintang IBIS KLCC yang menjadi rebutan ramai!

Percayakah anda, masih wujud buffet Ramadan hotel bawah RM100 di tahun 2023 ini? Bufet Ramadan hotel ini bukan sahaja murah, malahan ditawarkan di hotel bertaraf 4 bintang berlokasi di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu sekitar KLCC. Lokasi berbuka puasa best Kuala Lumpur yang dimaksudkan ialah di buffet Ramadhan Ibis KLCC.

Berita baiknya, tawaran promosi harga early bird telah dilanjutkan sehingga 22 Mac 2023 semurah RM78 sahaja. Dengan harga semurah RM78 anda dapat berbuka puasa dengan menu buffet Ramadhan yang sangat banyak dari lauk pauk kampung, ‘western food’ sehinggalah ‘dessert’. Anda perlu segera merebut peluang keemasan harga murah bufet RM78 yang menjadi rebutan ramai ini sebelum ianya naik kepada harga asal RM98 sebelum 22/3/2023!

Read more

BUFFET RAMADHAN 2023 KUALA LUMPUR

Senarai buffet Ramadhan 2023 Kuala Lumpur beserta harga dan lokasi diharap dapat membantu anda yang sedang mencari-cari lokasi berbuka puasa bufet best di KL tahun ini.

Ibadah puasa adalah wajib bagi umat Islam yang tiada keuzuran dan cukup syaratnya. Pahala berlipat ganda bakal kita perolehi atas setiap amalan baik yang dilakukan. Salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW ialah memberi makan kepada orang yang berpuasa. Nampak biasa je belanja orang berbuka puasa, tetapi sebenarnya pahalanya berganda-ganda apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh barokah.

Jadi apa kata anda rebut peluang ganjaran pahala berganda-ganda untuk belanja orang berbuka puasa dengan menempah awal iftar buffet berbuka puasa dengan penjimatan berganda harga early birds. Tempahan awal dengan harga promosi early bird sangat terhad masanya dan perlu dibuat sebelum bulan Ramadan tiba.  

 

 

Buffet Ramadan Grand Millenium Kuala Lumpur
Harga Early Birds: RM128 ++ dewasa
RM168 ++ dewasa
RM84 ++ kanak-kanak

 

 

Read more

Scroll To Top