Nasi Kerabu amat sinonim dengan negeri Kelantan. Nasi kerabu tumis adalah makanan ruji orang Kelantan sepanjang hari baik untuk sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Ini kerana nasi kerabu sangat senang didapati di kedai-kedai makan yang menawarkannya.
Walaupun penyediaan nasi kerabu ini remeh dan susah, namun kerana terdapat banyak permintaan dan banyak sumber bahan mentah di Kelantan maka harga nasi kerabu di Kelantan masih lagi murah jika dibandingkan dengan kawasan bandar di Lembah Klang. Nasi kerabu yang sudah siap berbungkus juga mudah didapati di kebanyakan kedai makan dan restoran di Kelantan walaupun kedai makan itu tidak menyediakan nasi kerabu.
Salah satu kedai nasi kerabu sedap di Kelantan ialah Jijah Nasi Kerabu. Jijah Nasi Kerabu tersenarai sebagai 10 kedai nasi kerabu di Kelantan patut cuba. Nasi kerabu Jijah menyajikan nasi kerabu tumis yang berwarna kuning dengan turut pelbagai pilihan lauk-pauk yang beraneka jenis termasuklah kambing bakar, daging bakar dan ayam bakar. Kambing, daging dan ayam dibakar di bahagian belakang kedai dan terus dipotong sebaik ada permintaan dari pelanggan, sangat sedap bila dimakan panas-panas!
Jijah Nasi Kerabu terletak di sekitar kawasan PCB (Pantai Cahaya Bulan). Jika anda dalam perjalanan menuju ke PCB anda akan melalui jalan ke Jijah Nasi Kerabu. Cumanya anda perlu masuk ke dalam sedikit dan melalui jalan kampung untuk sampai ke kedai Jijah Nasi Kerabu. Anda tidak perlu risau kerana dengan bantuan WAZE segalanya menjadi mudah.
Video di bawah merakam perjalanan ke Jijah Nasi Kerabu dari pusat bandar Kota Bharu dan suasana sekitar kedai ini bersama pilihan menu nasi kerabu yang ada:
Alamat:
Jijah Nasi Kerabu (Jijah’s NK),
No.185, Jalan Tok Sadang,
Kampung Pauh,
15350 Kota Bharu, Kelantan.
Jangan risau jika anda tidak dapat berkunjung ke Jijah Nasi Kerabu tapi teringin untuk menikmati nasi kerabu di rumah, anda boleh ikuti resepi nasi kerabu Kelantan sedap seperti di bawah?