GLAMHALL DAMANSARA

Nasi Kerabu amat sinonim dengan negeri Kelantan. Nasi kerabu tumis adalah makanan ruji orang Kelantan sepanjang hari baik untuk sarapan, makan tengahari mahupun makan malam. Ini kerana nasi kerabu sangat senang didapati di kedai-kedai makan yang menawarkannya.
Walaupun penyediaan nasi kerabu ini remeh dan susah, namun kerana terdapat banyak permintaan dan banyak sumber bahan mentah di Kelantan maka harga nasi kerabu di Kelantan masih lagi murah jika dibandingkan dengan kawasan bandar di Lembah Klang. Nasi kerabu yang sudah siap berbungkus juga mudah didapati di kebanyakan kedai makan dan restoran di Kelantan walaupun kedai makan itu tidak menyediakan nasi kerabu.
Percayakah anda masih wujud kuih berharga RM1 sebungkus di tahun 2023 ini? Kuih yang dimaksudkan ialah kuih lompat tikam yang sememangnya sinonim dengan Kelantan.
Kuih lompat tikam RM1 sebungkus ini masih boleh didapati di Pasar Berek 12, Kota Bharu, Kelantan. Alangkah beruntungnya penduduk Kelantan kerana masih dapat menikmati kuih muih sedap dengan harga yang tersangat murah, jika di Lembah Klang ini memang sudah tidak wujud harga ini…sebiji kuih sahaja pun sudah berharga 80 sen inikan pula sebungkus kuih yang ada 4 jenis bahan berlainan.
Sejajar dengan peredaran zaman, banyak kafe-kafe yang tumbuh bagaikan cendawan. Kafe hipster dan kafe dengan dekorasi unik sering menjadi tarikan orang ramai untuk datang berkunjung.