aszulqa.com

kuih muih viral pasar berek 12

Kelantan sememangnya terkenal dengan keenakan makanannya yang pelbagai. Selain sedap, makanan di Kelantan juga masih lagi murah jika dibandingkan dengan Lembah Klang. Sebagai salah satu destinasi percutian, ramai yang gemar datang ke Kelantan untuk menikmati keenakan makanannya dah juga berkunjung ke tempat-tempat menarik dan salah satunya ialah pasar. Pasar yang paling besar dan popular di Kelantan dan wajib disinggahi ialah Pasar Siti Khadijah.

Selain Pasar Siti Khadijah terdapat banyak lagi pasar-pasar lain yang menarik dan salah satunya ialah Pasar berek 12. Pasar berek 12 mula popular apabila ramai yang berkongsi makanan sedap dan murah di Pasar Berek 12 di sosial media mereka sehingga Pasar Berek 12 menjadi viral! Untuk pengetahuan umum, Pasar Berek 12 terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hospital. Jika anda pertama kali berkunjung ke sini, gunakan sahaja bantuan WAZE pati anda tidak akan sesat. 

 

 

   

Kedai yang menjual kuih muih viral ini terletak di tingkat 1 dan dapat di cam dari jauh kerana barisan beraturnya yang panjang. Bukan satu kedai yang viral tetapi ada 3 kedai kuih muih yang viral di Pasar Berek 12 ini. Kesemua kedai ini terletak bersebelahan sahaja. 3 kuih muih viral yang dimaksudkan ialah kuih lompat tikam, kuih cek mek dan kuih cakoi.

 

  

  

Kesemua kuih muih ini sangatlah murah, dijual dengan harga semurah RM1 sahaja. Kuih lompat tikam viral dijual dengan harga RM1 sebungkus. Kuih cek mek molek pula semurah 10 sen sebiji atau RM1 untuk 10 biji. Manakala kuih cakoi pula RM1 untuk 3 batang…..Maka tidak hairanlah kenapa kuih muih Pasar Berek 12 ini viral! Harganya tersangatlah murah! Ada satu lagi kuih viral di sini iaitu donut susu viral Berek 12 namun sayangnya kami tidak berkesempatan untuk singgah kerana sudah kesuntukan masa.

 

Untuk melihat suasana persekitaran kedai viral Berek 12 sila klik video bawah: 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + 11 =

Scroll To Top