aszulqa.com

Ramadan Buffet 2023 di Pullman KLCC bertemakan “Bazaar Buffet”

Bazaar Buffet Pullman KLCC, itulah tema buffet Ramadan Pullman KLCC 2023. Pertama kali melangkah masuk ke Sedap Restoran di mana ramadan buffet diadakan kemudian melihat deretan ‘live stalls’ di luar, barulah kami faham kenapa ianya dinamakan ‘Bazaar Buffet’. Seronok dapat merasai suasana ala-ala bazaar ramadan di dalam hotel bertaraf 5 bintang KLCC.

 

Disebabkan hotel ini bertemakan Bazaar Buffet maka kami akan fokus pada ‘live stall’ ataupun gerai-gerai bazaar buffet yang terletak di bahagian luar hotel. Kambing bakar atau kambing grill semestinya ada dan anda boleh dapatkannya di hujung bazaar buffet. 

 

Kemas dan tersusun rapi bazaarnya dengan pelbagai pilihan menu bazar seperti murtabak, kerabu maggi, ‘japanese stall’, kebab, lemang bersama rendang, satay, pondok teh tarik, pondok popia basah, pondok keropok, kerepek dan jajan.

                

 

Pondok teh tarik sangat mengujakan kami. Di sini teh tarik hanya akan di buat ‘upon request’. Teh tarik hanya akan dibuat apabila anda memintanya kemudian akan ditarik tinggi-tinggi depan mata anda….interesting kan! Rasa teh tariknya memang kaw!!! Tiada lagi kekecewaan merasai teh tarik tawar, kurang ‘kaw’, terlebih manis, tidak panas ataupun terlebih susu. Barulah betul teh tarik 5 bintang!

 

Habis cerita tentang ‘live stalls’ di area luar hotel, sekarang jom kita meneroka apa yang ada di dalam ruang makan Sedap Restoran.

 

Sebaik melangkah ke Sedap Restoran, di sebelah kiri anda terdapat deretan lauk pauk seperti ayam kampung bakar minang, sambal tumis daging, gulai ayam, ikan tenggiri percik, tempoyak ikan patin, daging dendeng, lala masak lemak batang buluh, kerisik belimbing buluh bersama bilis, kambing masak opor, ikan siakap kengsom dan sebagainya. Pelbagai pilihan nasi istimewa seperti nasi kukus bunga telang, nasi beringin, nasi arab dan lain-lain lagi.

 

Di ruang tengah pula terdapat pelbagai jenis kerabu. Anda pasti kecur mulut dengan aneka kerabu yang dihidangkan. Rambang mata dibuatnya nak makan kerabu yang mana satu, semuanya membangkitakan selera!

 

Jika anda peminat sushi, Pullman KLCC menyajikan ‘syurga’ sushi buat anda. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati sushi premium yang disajikan di sini. 

 

Kaunter ‘dessert’ yang selalu menjadi tumpuan ramai dihias cantik dan menarik pandangan mata. Bukan sahaja sedap tetapi kek yang dihidangkan di sini ialah kek premiun seperti red velvet dan kek pecan. Selain kek terdapat pelbagai jenis lagi pemanis dan pencuci mulut seperti aneka puding, kuih dan biskut raya. 

 

Tidak ketinggalan juga kuih muih tradisional Melayu seperti kuih ketayap, kuih talam, pulut kelapa dan banyak lagi. Tapai pulut yang manis pasti menggamit kenangan berbuka puasa di kampung.

 

 

Istimewanya di sini terdapat yogurt aiskrim ala-ala llaollao yang menjadi kegemaran ramai sekarang ini. Rasanya yang masam-masam manis boleh dipelbagaikan lagi dengan pelbagai pilihan topping yang ada di sebelah mesin yogurt aiskrim tersebut. Tidak ketinggalan, aiskrim pelbagai perisa juga terdapat di sini.

 

Jangan lupa sudahi makan malam anda dengan buah-buahan segar seperti plum, limau, mata kucing, manggis, rambutan, salak atau belimbing. Terdapat juga buah potong seperti buah naga, nenas, betik dan tembikai susu. 

 

Jadi, jangan lepaskan peluang berbuka puasa di buffet Ramadhan Pullman KLCC 2023 dan rasailah pengalaman iftar ramadan di hotel 5 bintang sekitar KLCC yang mengujakan ini!                

    

 

Klik sini untuk beli BUFFET RAMADAN EARLY BIRDS PULLMAN KLCC 

HARGA EARLY BIRDS
1 Februari 2023 – 25 Mac 2023
RM178.50+  dewasa (harga normal  RM238+)
RM89.25+ kanak-kanak (6 – 12 tahun) (harga normal  RM119+)
FREE Kanak-kanak bawah 6 tahun

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × four =

Scroll To Top