aszulqa.com

review buffet dinner di the westin kuala lumpur

Review buffet dinner di The Westin Kuala Lumpur ini adalah perkongsian daripada Ainul Mardhiah Kalam. Untuk lebih banyak review hotel buffet boleh join fb group MALAYSIA HOTEL BUFFET 2023 & BUFFET RAMADAN 2023 

?Nama hotel : The Westin Kuala Lumpur
?Tempat : The Living Room
?Tarikh : 4/2/2023
?Masa : 6.30 petang – 10 malam
?Hari : Jumaat & Sabtu
?Parking : RM5 in house guest / RM12 dine in guest
?Surau : Level 4
?Harga : RM188 dewasa, tapi saya redeem voucer buffet 2 pax dari Club Marriot Malaysia
?Buffet Spread : Ada pelbagai variasi
Seafood on ice ✅ Tapi Oyster ❎
?Servis : Efisyen, Cepat

Last weekend (4/2/2023) saya dan husband dinner di Westin KL. Walaupun kami berdua jarang sangat makan malam, tapi kata orang, lebih berbaloi tebus voucer club marriot masa dinner. Saya book agak awal, 2 minggu sebelumnya melalui whatsapp dan staf yang bertugas sangat proaktif masukkan nama dalam Tableapp.

Sebaik melangkah masuk ke TLR, boleh nampak seafood on ice station. Banyak juga jenis hidupan laut kat sini. Tapi oyster tak ada kat sini ya. Saya bukan peminat seafood on ice, jadi tak rasa. Ruangan bbq, ada satay daging yang sedap, satay ayam yang keras sikit dan kuah kacang yang sangat enak. Lamb shoulder lembut, memang sedap dan tak keras atau liat. Potongan beef juga senang dikunyah. Begitu juga sosej ayam jumbo. Boleh dipuji makanan di ruangan bbq ni. Tambahan pula dicicah dengan kuah asam, memang kena sangat ?

 

Ruangan western pula menyajikan braised kimchi beef brisket, shawarma, lamb kebab with garlic sauce, fried chicken with creamy sauce, mac & cheese, parmesan baked pumpkin, broccoli dan mexican street corn nachos. Semua masakan ada rasa dan sangat sedap di lidah kami, sampai bertambah tambah pinggan.

 

Lauk pauk kat sini ada Kung Pao Mussel (masin sikit), acar ikan masin (sedap), fried yee mee, green thai chicken curry (sangat sedap), nasi putih, nasi beriani dan sampingan lauknya. Sup tersedia ada 2 jenis, mushroom soup & hot and sour soup (masin sangat). Potongan piza pun ada juga.

Dessert corner di belakang ada pelbagai jenis kek, waffle, choc fountain, bubur, buah-buahan, abc corner dan ice cream. Pavlova keras sikit, fail di situ. Kek coklat sedap sangat, rich choc cake. Sama rasa macam sebiji kek choc westin yang saya redeem guna voucer cmm ?. Waffle sedikit tebal, kalau tambah crunchy, lagi sedap. Cheesecake cukup rasa. Bubur kacang merah tak rasa santannya. Boleh saya katakan ruangan dessert ni ok ok jelah rasanya.

 

Air masa dinner ni banyak juga yang disediakan. Coffee machine, jus 2 jenis, nescafe tarik, teh tarik (cair sangat), teh masala (memang pekat), detox dan dilmah tea.

 

Kesimpulannya, ok juga buffet dinner kat The Westin KL ni. Mungkin saya akan repeat hi tea buffet pula kat sini, tapi guna voucer club marriot lah. 

Kredit: Ainul Mardhiah Kalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + five =

Scroll To Top