aszulqa.com

durian viral aliff syukri terlajak murah RM5 sekilo dan terlajak laris sehingga ‘sold out’ setiap hari

Musim durian tiba dan peniaga durian mula tumbuh bak cendawan. Tidak melepaskan peluang keemasan ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri juga turut menjual durian. Istimewanya durian Aliff Syukri dibawakan segar dari ladang yang diusahakannya sendiri.

 

Durian aliff syukri telah menjadi viral kerana dijual murah serendah RM5 sekilo dan kualitinya elok seperti yang digembar gemburkan oleh warganet yang pernah membeli durian viral ini. Tawaran harga durian paling murah di Selangor ini telah menarik minat ramai orang untuk membeli durian daripadanya.

Aliff Syukri berkata bahawa dia seronok dapat menjual durian dengan harga yang murah dan berharap dapat membantu orang ramai untuk menikmati buah durian yang enak ini. Setiap hari orang ramai tidak putus-putus beratur panjang dan menunggu giliran untuk membeli durian ‘fresh’ dari kebun milik Aliff Syukri sendiri. 

Sumber: ig Aliff Syukri

Durian RM5 yang dijual adalah durian kampung yang terkenal dengan rasanya yang lemak dan manis. Durian kampung juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan untuk orang yang tidak berpenyakit. Aliff Syukri berkata dia akan terus menjual durian dengan harga yang murah sehingga musim durian berakhir. 

Datuk Seri Aliff Syukri mengatakan berkat doa arwah abah dan ibunya menyebabkan jualan duriannya terlajak laris. Menurut beliau, untung menjual durian sekarang tidaklah banyak mana, namun beliau menjual durian sambil niat bersedekah. Beliau juga tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana peniaga durian yang lain.

Selain durian kampung semurah RM5, beliau juga ada menjual durian Musang King, Black Thorn, ioi, Tembaga Emas, Udang Merah dan sebagainya. Menurut beliau harga yang dijual juga murah dari harga pasaran durian. Beliau berharap dengan harga yang berpatutan ini semua orang boleh menikmati durian terutamanya di kawasan bandar, almaklumlah harga durian di bandar lebih mahal berbanding di kampung.

Sumber: ig Aliff Syukri

Durian Aliff Syukri boleh didapati di lokasi Wisma Dherbs, Seksyen 8 Kota Damansara yang bermula dari jam 12 tengahari sehingga 7 malam untuk setiap hari.

Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini. 
.

Ciri-ciri dan rasa durian black thorn, raja buah premium yang menjadi buruan penggemar durian

Durian Black Thorn adalah antara durian premium dan raja buah ini sangat terkenal & popular di kalangan peminat tegar durian di Malaysia. Harganya melangkaui harga durian Musang King. Nama lain bagi durian Black Thorn ialah durian duri hitam atau durian ochee atau durian Hai Tze.

durian black thorn sebesar tapak tangan ini berharga melebihi RM60 dengan harga timbangan RM55 sekilo.

 

Untungnya apabila tiba musim durian di Malaysia, ada peniaga yang menjual durian Black Thorn dengan harga serendah RM55 sekilo, yang mana sebaliknya jika bukan musim durian, blackthorn lazimnya dijual melebihi RM100 untuk 1 kilogram timbangan. Bukan sahaja digemari warga Malaysia, ia juga turut diminati warga Indonesia, Brunei dan Singapura. Ada warga negara Indonesia dan Brunei yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan rasa durian ochee ini apabila berkunjung ke Malaysia.

 

Disebabkan harganya yang mahal, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rasa durian Black Thorn ini?
Pada suapan pertama, anda pasti merasa terpana dengan keenakan dan kesedapan rasa durian premium ini. Dengan isinya yang tebal, dapat dirasakan tekturnya yang lemak berkrim seperti kastard, sedikit pahit dan manis di hujung lidah. Rasa manisnya melebihi rasa pahit. Ada juga yang menggambarkan rasa durian duri hitam ini sebagai rasa yang kompleks namun seimbang antara pahit dan manisnya.

Read more

Durian Near Me

Musim durian 2023 tiba lagi dan pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan durian, jika tidak takkanlah anda taip ‘durian near me’ ni kan? Semestinya kali ini anda juga tidak mahu kempunan untuk makan durian dan sedang mencari lokasi durian terdekat dengan anda.

Read more

musim durian murah 2023, penangan durian menjadi & musim durian lebih panjang tahun ini

Musim durian datang lagi. Dan kini musim durian murah tahun 2023 adalah penangan daripada durian menjadi serentak di kebanyakan negeri & musim durian yang lebih panjang tahun ini.

 

Menurut peniaga durian, perniagaan durian pada musim durian 2023 agak mencabar kerana durian sudah tidak boleh dijual tinggi lagi dan permintaan juga berkurangan. Difahamkan penanaman durian di negara China mula membuahkan hasil pertamanya pada bulan Jun tahun ini dan ini juga menyumbang kepada faktor durian murah tahun 2023. 

Read more

Resepi Ayam Bawang Mamak, Sekali Suapan Sedap Tak Terkata!

Resepi ayam bawang mamak, sekali suapan sedap tak terkata! Kesedapannya terbukti apabila anda memasak sendiri ayam bawang mamak ini di rumah untuk tetamu dan kemudian selepas suapan pertama tetamu berkata WOW! Sedap! Bayangkan anda mencuba resepi ayam bawang mamak ini dan mendapat pujian seperti ini daripada tetamu pasti anda merasa gembira tak terkata. Sebenarnya, kami mendapat maklumbalas sebegini daripada beberapa pembaca blog yang telah mencuba resipi ayam masak bawang yang pernah kami kongsikan sebelum ini di sini.

Read more

PROMOSI HOTEL CUTI SEKOLAH

Percutian keluarga sempena cuti sekolah pasti menggembirakan anak-anak. Sempena cuti sekolah, banyak hotel menawarkan promosi penginapan bilik lengkap dengan pakej tawaran yang sangat menarik. Hotel-hotel di bandar pasti memperhebatkan promosi cuti sekolah untuk menarik lebih ramai tetamu menginap sewaktu musim kemuncak ini.

Antara hotel di Lembah Klang yang boleh anda pertimbangkan untuk promosi hotel sempena percutian cuti sekolah dari 26 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023 ialah seperti di bawah:

Read more

3 cara selesaikan hutang rumah bawah 10 tahun full

3 cara selesaikan hutang rumah bawah 10 tahun full ini dikongsikan oleh She Nursyahirah. Walaupun dengan Isu OPR naik, anda tidak akan terkesan sekiranya loan rumah anda sudah dilangsaikan awal seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

Jadi, bagaimana cara selesaikan hutang rumah pertama kami dalam masa 9 tahun?
3 cara ni je yang kami amalkan.

✅ Cara pertama : 10% deposit.

Walaupun sebagai pemilik rumah pertama, kami layak untuk dapat 100% loan, kami memilih untuk bayar deposit supaya kami dapat kurangkan ansuran bulanan.

 

Mana nak dapat 10% deposit?

Jawapan dia : EPF Akaun 2.

 

Kalau akaun EPF 2 tak cukup nak bayar 10% deposit rumah, macam mana?

Top up dengan duit simpanan.

 

Kalau dah campur EPF Akaun 2 dengan duit simpanan pun masih tak cukup jugak? Itu maksudnya kita memilih untuk beli rumah yang di luar kemampuan kita.

 

Beli rumah bukan sekadar gembira loan approved boleh beli rumah harga beratus-ratus ribu tau berjuta-juta, tapi kena fikirkan jugak kemampuan untuk jangka masa panjang.

Kadar interest dan kenaikan OPR adalah benda yang sepatutnya termasuk dalam perkiraan masa nak beli rumah selain perkiraan berapa kita nak kena bayar setiap bulan.

 

 

✅ Cara kedua : Bayar lumpsum principal rumah setiap tahun. Interest rumah adalah bergantung kepada baki principal loan kita.

 

Makin kecil nilai principal,
makin rendah interest yang dikenakan,
makin pendek loan tenure,

makin cepat loan kita habis.

 

Ada 2 kaedah untuk bayar lumpsum principal rumah ni :

????Kaedah pertama : Duit Simpanan

 

Untuk loan dengan Alliance Bank, aku walk in je dekat bank bagitau :
“Saya nak bayar lumpsum principal rumah”.

Lepas buat bayaran lumpsum tu, dalam waktu 24 jam dah boleh view baki principal baru dekat website bank tersebut.

 

Kami tak allocate specific savings setiap bulan untuk kurangkan principal rumah. Jadi, kami bayar lumpsum principal ni guna duit bonus.

 

Setiap tahun, aku akan dapat bonus sebulan gaji, biasanya bulan Januari.
Hint pulak akan dapat bonus 2 kali setahun.
Satu bonus sebulan gaji (April)

satu lagi bonus setengah bulan gaji (Oktober)

 

Bak kata suami aku, duit bonus semua ni, anggap je tak wujud. Jadi, bila masuk je duit bonus, kami akan terus pergi bank untuk bayar principal rumah.

 

????Cara kedua : EPF Akaun 2
EPF Akaun 2 ni adalah duit yang tak payah nak sayang-sayang. Selagi boleh keluar, keluarkan je.
 
Kita dah ada EPF akaun 1 sebagai back up simpanan untuk pencen masa umur 55 nanti. Jadi masa masih kerja ni, keluarkan je EPF Akaun 2 tu untuk cepat-cepatkan habiskan hutang.
 
Baru lah nanti kita dapat pencen dengan bergaya dan ringan kepala bila hutang semua dah tak ada.
 
Bawak keluar EPF akaun 2 ni dah jadi macam aktiviti tahunan kami dari tahun 2013 (lepas dapat kunci rumah) sampailah kami habis bayar hutang rumah tersebut pada tahun 2021.Duit bonus + duit EPF Akaun 2 ni lah yang banyak membantu kami cepat habiskan hutang.

Read more

makan buffet hotel mewah ‘International buffet dinner’ hotel Hilton Kuala Lumpur yang mengujakan!

Makan buffet hotel mewah ‘International buffet dinner’ hotel Hilton Kuala Lumpur adalah pengalaman yang sangat mengujakan! Hotel 5 bintang yang gah ini terletak berhampiran dengan KL Sentral. 

Jika anda dari tempat letak kereta di P1 dan menuju ke lobi hotel, anda akan melalui terlebih dahulu dua ‘entrance’ hotel yang sebelah menyebelah iaitu di sebelah kanannya ialah pintu masuk ke lobi Hotel Le Meridien Kuala Lumpur dan sebelah kirinya pula barulah Hotel Hilton KL. Jangan tertukar masuk ke pintu masuk Le Meridien KL pula ya! Bayaran parking Hilton Hotel KL sewaktu artikel ini ditulis ialah RM9 dan perlu di ‘validate’ di kaunter reception sebelum anda keluar.

Daripada lobi hotel anda boleh sahaja bertanya dengan staff hotel yang ramah untuk ke Vasco’s di mana buffet dinner ini diadakan, restoran ini terletak sama ‘level’ dengan lobi. Sebaik melangkah masuk ke Vasco’s, anda akan terpesona dengan rekabentuk dalamannya yang gah dan lain daripada yang lain. ID yang gah ini seakan-akan berkonsepkan ‘Antoni Gaudi’s Architecture’.

Read more

OPR NAIK DAN RAHSIA CARA BAYAR HUTANG RUMAH DENGAN CEPAT

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia telah membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman ataupun OPR (Operating Policy Rate) kepada 3.0% pada Mei 2023. Ini adalah kenaikan OPR kali pertama pada tahun 2023.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, OPR naik apa kesan? Jadi berikut ialah kesan kenaikan OPR (Operating Policy Rate) di Malaysia:

  1. Penurunan permintaan hutang: Kenaikan OPR akan menyebabkan kadar faedah bank meningkat, yang mana mendorong peningkatan kos pembiayaan pinjaman seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, ASBF dll. Ini mungkin mengurangkan permintaan hutang dalam jangka pendek.

  2. Penurunan belanja pengguna: Kenaikan kadar faedah boleh menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran pengguna, kerana kos pinjaman meningkat dan memberi kesan pada pengguna yang bergantung pada pinjaman untuk membuat pembelian besar-besaran seperti rumah dan kenderaan.
  3. Penurunan pelaburan: Kenaikan OPR juga boleh menyebabkan pengurangan dalam pelaburan, kerana kos pembiayaan meningkat. Ini mungkin mempengaruhi syarikat dan industri yang bergantung pada pelaburan untuk membesarkan dan memperluaskan perniagaan mereka.
  4. Peningkatan nilai mata wang: Kenaikan OPR boleh meningkatkan nilai mata wang negara tersebut kerana ia membuat pelabur luar negeri lebih tertarik untuk melabur dalam pasaran wang negara itu, memberi kesan pada pertukaran wang yang lebih baik.
  5. Menstabilkan inflasi: Tujuan utama kenaikan OPR adalah untuk menstabilkan inflasi. Dengan meningkatkan kos pinjaman, bank akan lebih berhati-hati dalam memberikan pinjaman, yang mendorong pengurangan dalam pengeluaran dan mengurangkan risiko inflasi. Dengan kata mudah, peningkatan OPR dilakukan untuk memperlahankan aktiviti ekonomi supaya tidak berlaku kenaikan kadar inflasi.

Read more

Scroll To Top