aszulqa.com

durian viral aliff syukri terlajak murah RM5 sekilo dan terlajak laris sehingga ‘sold out’ setiap hari

Musim durian tiba dan peniaga durian mula tumbuh bak cendawan. Tidak melepaskan peluang keemasan ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri juga turut menjual durian. Istimewanya durian Aliff Syukri dibawakan segar dari ladang yang diusahakannya sendiri.

 

Durian aliff syukri telah menjadi viral kerana dijual murah serendah RM5 sekilo dan kualitinya elok seperti yang digembar gemburkan oleh warganet yang pernah membeli durian viral ini. Tawaran harga durian paling murah di Selangor ini telah menarik minat ramai orang untuk membeli durian daripadanya.

Aliff Syukri berkata bahawa dia seronok dapat menjual durian dengan harga yang murah dan berharap dapat membantu orang ramai untuk menikmati buah durian yang enak ini. Setiap hari orang ramai tidak putus-putus beratur panjang dan menunggu giliran untuk membeli durian ‘fresh’ dari kebun milik Aliff Syukri sendiri. 

Sumber: ig Aliff Syukri

Durian RM5 yang dijual adalah durian kampung yang terkenal dengan rasanya yang lemak dan manis. Durian kampung juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan untuk orang yang tidak berpenyakit. Aliff Syukri berkata dia akan terus menjual durian dengan harga yang murah sehingga musim durian berakhir. 

Datuk Seri Aliff Syukri mengatakan berkat doa arwah abah dan ibunya menyebabkan jualan duriannya terlajak laris. Menurut beliau, untung menjual durian sekarang tidaklah banyak mana, namun beliau menjual durian sambil niat bersedekah. Beliau juga tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana peniaga durian yang lain.

Selain durian kampung semurah RM5, beliau juga ada menjual durian Musang King, Black Thorn, ioi, Tembaga Emas, Udang Merah dan sebagainya. Menurut beliau harga yang dijual juga murah dari harga pasaran durian. Beliau berharap dengan harga yang berpatutan ini semua orang boleh menikmati durian terutamanya di kawasan bandar, almaklumlah harga durian di bandar lebih mahal berbanding di kampung.

Sumber: ig Aliff Syukri

Durian Aliff Syukri boleh didapati di lokasi Wisma Dherbs, Seksyen 8 Kota Damansara yang bermula dari jam 12 tengahari sehingga 7 malam untuk setiap hari.

Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini. 
.

Scroll To Top