aszulqa.com

3 cara selesaikan hutang rumah bawah 10 tahun full

3 cara selesaikan hutang rumah bawah 10 tahun full ini dikongsikan oleh She Nursyahirah. Walaupun dengan Isu OPR naik, anda tidak akan terkesan sekiranya loan rumah anda sudah dilangsaikan awal seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

Jadi, bagaimana cara selesaikan hutang rumah pertama kami dalam masa 9 tahun?
3 cara ni je yang kami amalkan.

✅ Cara pertama : 10% deposit.

Walaupun sebagai pemilik rumah pertama, kami layak untuk dapat 100% loan, kami memilih untuk bayar deposit supaya kami dapat kurangkan ansuran bulanan.

 

Mana nak dapat 10% deposit?

Jawapan dia : EPF Akaun 2.

 

Kalau akaun EPF 2 tak cukup nak bayar 10% deposit rumah, macam mana?

Top up dengan duit simpanan.

 

Kalau dah campur EPF Akaun 2 dengan duit simpanan pun masih tak cukup jugak? Itu maksudnya kita memilih untuk beli rumah yang di luar kemampuan kita.

 

Beli rumah bukan sekadar gembira loan approved boleh beli rumah harga beratus-ratus ribu tau berjuta-juta, tapi kena fikirkan jugak kemampuan untuk jangka masa panjang.

Kadar interest dan kenaikan OPR adalah benda yang sepatutnya termasuk dalam perkiraan masa nak beli rumah selain perkiraan berapa kita nak kena bayar setiap bulan.

 

 

✅ Cara kedua : Bayar lumpsum principal rumah setiap tahun. Interest rumah adalah bergantung kepada baki principal loan kita.

 

Makin kecil nilai principal,
makin rendah interest yang dikenakan,
makin pendek loan tenure,

makin cepat loan kita habis.

 

Ada 2 kaedah untuk bayar lumpsum principal rumah ni :

????Kaedah pertama : Duit Simpanan

 

Untuk loan dengan Alliance Bank, aku walk in je dekat bank bagitau :
“Saya nak bayar lumpsum principal rumah”.

Lepas buat bayaran lumpsum tu, dalam waktu 24 jam dah boleh view baki principal baru dekat website bank tersebut.

 

Kami tak allocate specific savings setiap bulan untuk kurangkan principal rumah. Jadi, kami bayar lumpsum principal ni guna duit bonus.

 

Setiap tahun, aku akan dapat bonus sebulan gaji, biasanya bulan Januari.
Hint pulak akan dapat bonus 2 kali setahun.
Satu bonus sebulan gaji (April)

satu lagi bonus setengah bulan gaji (Oktober)

 

Bak kata suami aku, duit bonus semua ni, anggap je tak wujud. Jadi, bila masuk je duit bonus, kami akan terus pergi bank untuk bayar principal rumah.

 

????Cara kedua : EPF Akaun 2
EPF Akaun 2 ni adalah duit yang tak payah nak sayang-sayang. Selagi boleh keluar, keluarkan je.
 
Kita dah ada EPF akaun 1 sebagai back up simpanan untuk pencen masa umur 55 nanti. Jadi masa masih kerja ni, keluarkan je EPF Akaun 2 tu untuk cepat-cepatkan habiskan hutang.
 
Baru lah nanti kita dapat pencen dengan bergaya dan ringan kepala bila hutang semua dah tak ada.
 
Bawak keluar EPF akaun 2 ni dah jadi macam aktiviti tahunan kami dari tahun 2013 (lepas dapat kunci rumah) sampailah kami habis bayar hutang rumah tersebut pada tahun 2021.Duit bonus + duit EPF Akaun 2 ni lah yang banyak membantu kami cepat habiskan hutang.

 
✅ Cara ketiga : Bayar ansuran bulanan macam biasa.
Walaupun kami dah bayar lumpsum principal untuk tahun tu, tapi ansuran bulanan dekat bank tetap bayar macam biasa. Jangan culas.
 
Sebab dalam ansuran bulanan tu pun ada nilai principal yang kita kena bayar.
Macam aku cakap tadi,
makin kecik nilai principal,
makin rendah interest yang dikenakan,
makin pendek loan tenure,
makanya, makin cepat loan kita habis.
 
Game loan rumah ni,
kalau kita nak menang dengan bank,
kot mana pun, kita tetap kena :
 
Usaha untuk kurangkan principal,
Usaha untuk kurangkan principal,
Usaha untuk kurangkan principal.
 
Dan yang paling penting, beli rumah yang harga dan ansuran bulanan dia di dalam kemampuan kita. Jangan terlalu mengejar rumah impian sampai akhirnya kita sendiri yang hidup terseksa dan terbeban.
Info tambahan:
Harga rumah waktu beli : RM 114,000
Harga rumah sekarang : RM 300,000
Bank ikat 24 tahun dan loan sepatutnya habis pada tahun 2036 masa umur kami 50 tahun, tapi alhamdulillah kami dapat selesaikan hutang rumah ni 15 tahun lebih awal pada umur 35 tahun.
 
Kredit: fb She Nursyahirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 17 =

Scroll To Top