aszulqa.com

Ciri-ciri dan rasa durian black thorn, raja buah premium yang menjadi buruan penggemar durian

Durian Black Thorn adalah antara durian premium dan raja buah ini sangat terkenal & popular di kalangan peminat tegar durian di Malaysia. Harganya melangkaui harga durian Musang King. Nama lain bagi durian Black Thorn ialah durian duri hitam atau durian ochee atau durian Hai Tze.

durian black thorn sebesar tapak tangan ini berharga melebihi RM60 dengan harga timbangan RM55 sekilo.

 

Untungnya apabila tiba musim durian di Malaysia, ada peniaga yang menjual durian Black Thorn dengan harga serendah RM55 sekilo, yang mana sebaliknya jika bukan musim durian, blackthorn lazimnya dijual melebihi RM100 untuk 1 kilogram timbangan. Bukan sahaja digemari warga Malaysia, ia juga turut diminati warga Indonesia, Brunei dan Singapura. Ada warga negara Indonesia dan Brunei yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan rasa durian ochee ini apabila berkunjung ke Malaysia.

 

Disebabkan harganya yang mahal, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rasa durian Black Thorn ini?
Pada suapan pertama, anda pasti merasa terpana dengan keenakan dan kesedapan rasa durian premium ini. Dengan isinya yang tebal, dapat dirasakan tekturnya yang lemak berkrim seperti kastard, sedikit pahit dan manis di hujung lidah. Rasa manisnya melebihi rasa pahit. Ada juga yang menggambarkan rasa durian duri hitam ini sebagai rasa yang kompleks namun seimbang antara pahit dan manisnya.

 

Berikut adalah beberapa ciri-ciri umum yang dikaitkan dengan Durian Black Thorn:

  1. Bentuk Fizikal:
    Lazimnya blackthorn berbentuk bulat. Durinya besar dan tajam. Apabila di kopek, kulit dalamnya ada satu alur bercorak-corak di tengah seperti gambar di bawah yang juga menyerupai ciri kulit dalam seperti Musang Queen.

 

  1. Tekstur Kulit:
    Kulit durian Black Thorn lebih tebal dan keras daripada banyak varieti durian lain. Ia mempunyai tekstur kasar dan menonjol.

 

  1. Warna Isi Buah:
    Isi durian Black Thorn biasanya berwarna kuning pucat atau kuning keemasan. Ia mempunyai tekstur yang tebal dan gebu.
    \

 

  1. Aroma:
    Durian Black Thorn terkenal dengan aromanya yang kuat dan tersendiri.

 

  1. Saiz Biji:
    Biji durian duri hitam berbentuk bulat dan bukan leper ataupun nipis. Saiz bijinya lebih kecil berbanding saiz isi durian ochee ini.

 

  1. Keunikan dan Harga:
    Durian Black Thorn dianggap sebagai varieti premium dan tidak banyak, yang menyumbang kepada harga yang lebih tinggi berbanding dengan durian lain. Ia sangat diminati dan dihargai kerana rasanya yang unik, teksturnya dan aromanya.

 

Namun demikian ciri-ciri durian Black Thorn tidaklah seratus peratus seperti yang digambarkan di atas, ianya boleh menjadi sedikit berbeza bergantung kepada faktor varieti gred, kematangan pokok, keadaan pertumbuhan dan buah itu sendiri. 

Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 12 =

Scroll To Top