3 cara selesaikan hutang rumah bawah 10 tahun full ini dikongsikan oleh She Nursyahirah. Walaupun dengan Isu OPR naik, anda tidak akan terkesan sekiranya loan rumah anda sudah dilangsaikan awal seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.
Jadi, bagaimana cara selesaikan hutang rumah pertama kami dalam masa 9 tahun?
3 cara ni je yang kami amalkan.
Walaupun sebagai pemilik rumah pertama, kami layak untuk dapat 100% loan, kami memilih untuk bayar deposit supaya kami dapat kurangkan ansuran bulanan.
Jawapan dia : EPF Akaun 2.
Top up dengan duit simpanan.
Kalau dah campur EPF Akaun 2 dengan duit simpanan pun masih tak cukup jugak? Itu maksudnya kita memilih untuk beli rumah yang di luar kemampuan kita.
Kadar interest dan kenaikan OPR adalah benda yang sepatutnya termasuk dalam perkiraan masa nak beli rumah selain perkiraan berapa kita nak kena bayar setiap bulan.
Cara kedua : Bayar lumpsum principal rumah setiap tahun. Interest rumah adalah bergantung kepada baki principal loan kita.
makin cepat loan kita habis.
Kaedah pertama : Duit Simpanan
Lepas buat bayaran lumpsum tu, dalam waktu 24 jam dah boleh view baki principal baru dekat website bank tersebut.
Kami tak allocate specific savings setiap bulan untuk kurangkan principal rumah. Jadi, kami bayar lumpsum principal ni guna duit bonus.
satu lagi bonus setengah bulan gaji (Oktober)
Bak kata suami aku, duit bonus semua ni, anggap je tak wujud. Jadi, bila masuk je duit bonus, kami akan terus pergi bank untuk bayar principal rumah.