Cara Berjumpa Doktor Pakar di Hospital Swasta dengan Mudah Menggunakan Medical Card

Lumi Marketplace terletak di Lumi Tropicana, Petaling Jaya dan menawarkan pelbagai pilihan restoran, kafe dan pasaraya sesuai untuk anda dengan gaya hidup moden. Menariknya, Lumi Marketplace bakal menganjurkan LMP Fiesta dan anda boleh menyertainya secara percuma apabila anda berbelanja di Lumi Marketplace bermula dari 19 Ogos 2023 sehingga 29 Oktober 2023.
Buat anda yang mengamalkan gaya hidup sihat, anda pasti teruja untuk menyertai aktivit seperti yoga, pilates, zumba, flyjam, ‘jumping Malaysia’, ‘physiotherapy talk’ dan ‘dental talk’ yang bakal berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan seperti poster di bawah. Untuk aktiviti keluarga yang pasti disukai ramai terdapat aktiviti seperti ‘kids face painting’, ‘character cosplay’, ‘kids party magician’, ‘giant jenga’, ‘games booth’, ‘bubble station’ dan sebagainya juga mengikut jadual seperti yang tertera di poster di bawah ini. Manakala jika anda berkunjung pada waktu malam anda akan dihiburkan dengan persembahan ‘live band’ dan DJ yang pastinya menyeronokkan.
Adakah anda masih tidak percaya zaman sekarang ini anda boleh buat duit mudah 4-5 angka hanya dari hujung jari anda sahaja tanpa perlu masuk pejabat ataupun setiap hari terpaksa menghadap kesesakan lalulintas trafik? Ya, anda boleh buat duit dari rumah dan boleh mencapai pendapatan 4-5 dari keselesaan rumah anda sahaja.
Menu daging yang simple dan mudah disediakan ialah resepi daging goreng kunyit. Kami kongsikan rahsia & tips masak daging goreng kunyit lembut, tidak liat & juicy. Walaupun resepi daging goreng kunyit ini simple namun ia sedap dimakan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya daging goreng kunyit makan dengan apa sedap?
Apa kata anda gandingkan daging goreng kunyit bersama nasi panas, sup ayam ataupun sup campur, sambal belacan, ulam-ulaman dan lain-lain lauk kegemaran anda.
Walaupun terdapat pelbagai versi daging goreng kunyit seperti daging goreng kunyit basah, daging goreng kunyit berkuah, daging goreng kunyit ala Thai, daging goreng kunyit kedai tomyam ini adalah versi daging goreng kunyit simple namun sedap dimakan tidak liat & tidak keras sebaliknya lembut empuk dan ber ‘juicy’. Bonus resepi daging goreng kunyit ini ada rasa sedikit berempah rahsianya terletak pada penambahan biji ketumbar.
Amalan sunat yang dianjurkan pada 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah adalah sebagai berikut:
Ramai ustaz menganjurkan supaya kita melakukan ibadat sunat lebih dari kebiasaan yang kita pernah lakukan. Contohnya jika sebelum ini kita jarang membaca Al-Quran, maka disarankan untuk membaca sekurang-kurangnya 1 muka surat Al-Quran setiap kali selepas solat fardhu. Sekiranya kita tidak pernah bangun solat sunat malam, dianjurkan kita berusaha melakukannya sepanjang 1-10 Zulhijjah ini kerana kelebihannya yang tidak terhingga. Sekiranya anda tidak pernah berpuasa sunat sebelum ini, boleh berusaha untuk mula berpuasa sunat kerana selain menambahkan pahala ia juga sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.
Semoga dengan amalan sunat 1-10 Dzulhijjah ini dapat meningkatkan amal ibadah kita lebih daripada amalan kebiasaan semata-semata mengharapkan keredhaan, keberkatan dan pengampunan daripada Allah.
Jika anda penggemar durian, pastikan anda tahu tips memilih durian terbaik supaya anda tidak tersalah beli durian!
Durian merupakan buah yang unik dengan pelbagai variasi dan kualiti yang berbeza. Durian yang paling popular ialah durian Musang King dan diminati ramai. Berikut ialah beberapa tips memilih durian terbaik:
Pilih durian yang berbentuk bulat dan nampak penuh. Durian yang berbentuk bulat mempunyai isi yang lebih banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.
Durian ialah salah satu buah eksotik yang kaya manfaatnya untuk kesihatan. Durian terkenal kerana aromanya yang kuat dan rasanya yang tersendiri dan enak .
Namun, selain menjadi raja buah yang lazat, durian juga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kita. Berikut ialah beberapa manfaat kesihatan durian:
Fenomena bau wangi bunga bergabung dengan fenomena full moon di seluruh Malaysia pada bulan Jun 2023 telah mencetuskan kekecohan di kalangan pengguna media sosial.
Bermula 1 Jun 2023, bau bunga harum mewangi, menyengat dan menyucuk hidung mula dirasai oleh penduduk Malaysia. Pada waktu itu ramai yang sudah tertanya-tanya dan kehairan namun mungkin mereka masih mendiamkan diri kerana ber anggapan bauan harum bunga menyengat itu hanya dihidu oleh mereka sahaja. Al-maklmumlah wangi bunga waktu malam sangat sinonim dengan pelbagai unsur mistik dan ada yang mengatakan jangan ditegur jika terbau wangi yang menusuk hidung ditakuti ada yang ‘mengikut’ balik ke rumah nanti!
Tidak tahan dengan persoalan yang berlegar-legar di minda dan kebetulan pula pada 4 Jun 2023 terjadinya kejadian bulan mengambang penuh, maka persoalan fenomena bau wangi waktu malam yang menghantui diri di muat naik di Tik Tok As Zulqa.
Dalam masa tidak sampai 24jam, video pendek rakaman ‘live’ full moon yang berdurasi 14 saat itu telah mendapat ratusan ribu views dan ribuan komen serta pelbagai respons daripada pengguna Tik Tok yang lain.
Sejak dari itulah mula tular & viral di Tik Tok fenomena bau wangi bunga viral dan fenomena full moon yang berlaku serentak dan menimbulkan pelbagai perdebatan dan maklum balas daripada pengguna media sosial. Tidak terhenti di Tik Tok, isu bau wangi bunga viral dipanjangkan pula ke facebook dan seperti yang dijangka mendapat maklum balas yang sama. Ramai juga pengguna media sosial yang lain memuat naik status bertanyakan situasi bau wangi bunga di kawasan kejiranan mereka.
Rata-rata mengatakan, mereka berandaian hanya mereka sahaja yang terbau wangi bunga waktu malam sejak beberapa hari berturut-turut dan tidak berani menegur ditakuti berkaitan dengan anasir mistik. Rupa-rupanya setelah isu ini virak di Tik Tok, kebanyakan pengguna media sosial di Malaysia mengatakan mereka mereka mengalami situasi yang sama dan tidak menyangka ianya terjadi di seluruh Malaysia! Fenomena viral ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang mengatakan bahawa bau tersebut sangat menyenangkan, manakala sebaliknya ada juga yang mengatakan bahawa bau tersebut sangat mengganggu dan menyeramkan.
Ada yang mengatakan bau wangi itu seakan-akan mengekori mereka walau ke mana sahaja mereka pergi. Ada juga yang risau kerana bau wangi bunga sangat kuat hingga dapat dihidu di dalam rumah dan juga di dalam kereta dan ini sangat menyeramkan bagi mereka.
Durian, yang juga dikenali sebagai “Raja Buah”, telah memikat hati jutaan peminat tegar makanan di seluruh dunia dengan aromanya yang unik dan rasa yang luar biasa. Buah eksotik ini tidak hanya menawarkan kelazatan yang tiada tandingannya, tetapi juga mempunyai banyak manfaat kesihatan yang luar biasa untuk orang yang tidak berpenyakit.
Keunikan Buah Durian Malaysia
Buah durian Malaysia adalah yang paling terkenal di dunia dengan kualiti dan pelbagai jenis yang luar biasa. Durian yang digemari disebabkan isi buahnya yang lembut dan berkrim serta rasa yang enak seperti kombinasi buah-buahan tropika. Setiap ulas durian mengandungi tekstur yang mengasyikkan dan cita rasa yang menggugat selera, menjadikannya pilihan terbaik bagi pencinta makanan yang ingin menjamu selera.
Manfaat Kesihatan Buah Durian
Selain rasanya yang memukau, durian juga memiliki manfaat kesihatan yang menakjubkan. Buah ini kaya dengan pelbagai nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B, potasium dan serat makanan. Durian juga mengandungi antioksidan yang tinggi, yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan sel dan radikal bebas. Ia juga dapat meningkatkan sistem imun badan, menjaga kesihatan jantung dan melawaskam sistem pencernaan.
Pelbagai Jenis Durian yang Menarik
Durian Malaysia terkenal dengan pelbagai varieti dan jenisnya yang menarik. Setiap jenis durian mempunyai ciri-ciri uniknya tersendiri, seperti aroma yang berbeza, rasa yang beraneka dan tekstur isi buah yang berbeza-beza. Antara jenis-jenis durian yang popular termasuklah Black Thorn, Musang King, D24, XO, Tekka @ Musang King dan sebagainya. Terkini, durian Tupai King mula meraih perhatian peminat tegar durian dan tergolong sebagai durian premium. Setiap jenis durian memberikan pengalaman yang berbeza apabila dinikmati.
Tips Memilih dan Menikmati Durian yang Terbaik
Bagi mereka yang ingin menikmati durian terbaik, terdapat beberapa tips untuk memilih durian terbaik. Memilih durian yang matang dengan mengambil kira aroma yang kuat, bentuk dan tekstur kulit serta getah buah yang keluar dari batang adalah penting. Pilihlah buah durian berbentuk bulat kerana isinya lebih penuh. Tips memilih tangkai atau batang durian ialah dengan memerhatikan batangnya samada masih bergetah atau tidak. Jika bergetah maka durian itu masih baru, manakala jika batang atau tangkainya sudah kering itu bermaknda duriannya sudah lama.
Makan durian bersama keluarga atau teman-teman serta mencuba pelbagai hidangan durian seperti cendol durian, ais krim durian atau pun pulut durian akan mempelbagaikan pengalaman anda menikmati durian. Petua orang lama untuk mengelak panas badan selepas memakan durian ialah dengan meletakkan sedikit air ke dalam kulit dalam durian dan meminumnya. Cubalah! anda pasti berterima kasih kepada kami nanti.
Rasai Kelazatan Buah Durian Malaysia Hari Ini!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan buah durian Malaysia yang legend ini. Nikmati sensasi yang luar biasa dengan setiap gigitan durian yang lazat dan kaya dengan rasa.
Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini.