aszulqa.com

musim durian murah 2023, penangan durian menjadi & musim durian lebih panjang tahun ini

Musim durian datang lagi. Dan kini musim durian murah tahun 2023 adalah penangan daripada durian menjadi serentak di kebanyakan negeri & musim durian yang lebih panjang tahun ini.

 

Menurut peniaga durian, perniagaan durian pada musim durian 2023 agak mencabar kerana durian sudah tidak boleh dijual tinggi lagi dan permintaan juga berkurangan. Difahamkan penanaman durian di negara China mula membuahkan hasil pertamanya pada bulan Jun tahun ini dan ini juga menyumbang kepada faktor durian murah tahun 2023. 

 

Antara variasi durian yang terdapat di pasaran ialah durian kampung, durian udang merah, durian ioi, durian XO, durian D24, durian hajah hasmah. Durian Musang King yang selama ini dijual mahal pula menyaksikan penurunan harga yang sangat banyak tahun ini sehingga ada peniaga yang menjual Musang King RM10 sekilo sahaja, berbanding RM40 hingga RM45 seperti lazimnya.. Ada juga peniaga yang menjual Musang King secara pukal iaitu semurah 3 biji RM100. Selain durian Musang King, durian mahal lain yang popular ialah durian durian hitam ataupun durian Black Thorn.

Selain itu, durian udang udang merah dan IOI juga adalah antara durian terkenal yang sering dicari-cari. Antara strategi peniaga menarik ramai pelanggan ialah dengan menjual durian udang merah atau durian ioi 3biji RM10 sahaja. Namun tawaran ini sangatlah terhad dan boleh habis diserbu pembeli dalam masa 5 minit sahaja!

Durian murah di Selangor boleh didapati di sekitar Saujana Utama Sungai Buloh, Jalan Kebun Shah Alam dan SS2 Petaling Jaya. Anda boleh dapati deretan gerai durian yang menjual durian murah di sekitar kawasan tersebut. Jika anda rajin membuat ‘survey’ sebelum membeli ke beberapa anda pasti boleh membandingkan harga dan dapat membeli durian paling murah yang ditawarkan!

 

Sebagai pembeli jangan lepaskan peluang keemasan menikmati durian sepuas-puasnya pada musim durian murah tahun ini! Jika sebelum ini anda cuma boleh berputih mata kerana harga durian yang mahal, kini tidak lagi kerana anda pasti dapat menikmati durian sepuas-puasnya terutamanya perantau di bandar-bandar Selangor dan Kuala Lumpur yang rindukan nikmat makan durian sepuasnya seperti di kampung. 

Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 3 =

Scroll To Top