Jika anda penggemar durian, pastikan anda tahu tips memilih durian terbaik supaya anda tidak tersalah beli durian!
Durian merupakan buah yang unik dengan pelbagai variasi dan kualiti yang berbeza. Durian yang paling popular ialah durian Musang King dan diminati ramai. Berikut ialah beberapa tips memilih durian terbaik:
Bentuk durian
Pilih durian yang berbentuk bulat dan nampak penuh. Durian yang berbentuk bulat mempunyai isi yang lebih banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.
Durian ialah salah satu buah eksotik yang kaya manfaatnya untuk kesihatan. Durian terkenal kerana aromanya yang kuat dan rasanya yang tersendiri dan enak .
Namun, selain menjadi raja buah yang lazat, durian juga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kita. Berikut ialah beberapa manfaat kesihatan durian:
Kaya nutrisi:
Durian mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti vitamin C, vitamin B kompleks, serat, zat besi dan kalium. Vitamin C dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh dan menjaga kesihatan kulit. Sementara itu vitamin B kompleks berperanan dalam menjaga kesihatan saraf dan metabolisma badan. Serat yang banyak dapat melawaskan sistem pencernaan, manakala zat besi dan kalium penting untuk pembentukan sel darah merah dan fungsi otot yang normal.
Tinggi antioksidan:
Durian mengandungi antioksida yang tinggi seperti vitamin C dan fitonutrien. Antioksida dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh yang dapat menyebabkan kerosakan sel dan pelbagai penyakit kronik.
Baik Untuk pencernaan:
Durian mengandungi serat makanan yang tinggi, yang penting untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan. Serat membantu meningkatkan gerakan usus, mencegah sembelit dan menjaga kesihatan saluran pencernaan secara keseluruhan. Selain itu, durian juga mengandungi enzim yang dapat membantu memecahkan protein dalam makanan serta memudahkan proses pencernaan.
Energi ‘booster’:
Durian adalah sumber tenaga yang baik kerana mengandungi karbohidrat kompleks yang dapat mengekalkan tenaga yang lebih lama. Jadi, memakan durian dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan memberikan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti sepanjang hari.
Meningkatkan kesihatan tulang:
Durian mengandung kalsium, fosforus dan magnesium yang penting untuk kesihatan tulang yang optimum. Kalsium dan fosforus membantu menjaga kepadatan tulang, manakala magnesium membantu dalam penyerapan kalsium dan mengekalkan keseimbangan mineral dalam tulang.
Durian, yang juga dikenali sebagai “Raja Buah”, telah memikat hati jutaan peminat tegar makanan di seluruh dunia dengan aromanya yang unik dan rasa yang luar biasa. Buah eksotik ini tidak hanya menawarkan kelazatan yang tiada tandingannya, tetapi juga mempunyai banyak manfaat kesihatan yang luar biasa untuk orang yang tidak berpenyakit.
Keunikan Buah Durian Malaysia Buah durian Malaysia adalah yang paling terkenal di dunia dengan kualiti dan pelbagai jenis yang luar biasa. Durian yang digemari disebabkan isi buahnya yang lembut dan berkrim serta rasa yang enak seperti kombinasi buah-buahan tropika. Setiap ulas durian mengandungi tekstur yang mengasyikkan dan cita rasa yang menggugat selera, menjadikannya pilihan terbaik bagi pencinta makanan yang ingin menjamu selera.
Manfaat Kesihatan Buah Durian Selain rasanya yang memukau, durian juga memiliki manfaat kesihatan yang menakjubkan. Buah ini kaya dengan pelbagai nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B, potasium dan serat makanan. Durian juga mengandungi antioksidan yang tinggi, yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan sel dan radikal bebas. Ia juga dapat meningkatkan sistem imun badan, menjaga kesihatan jantung dan melawaskam sistem pencernaan.
Pelbagai Jenis Durian yang Menarik Durian Malaysia terkenal dengan pelbagai varieti dan jenisnya yang menarik. Setiap jenis durian mempunyai ciri-ciri uniknya tersendiri, seperti aroma yang berbeza, rasa yang beraneka dan tekstur isi buah yang berbeza-beza. Antara jenis-jenis durian yang popular termasuklah Black Thorn, Musang King, D24, XO, Tekka @ Musang King dan sebagainya. Terkini, durian Tupai King mula meraih perhatian peminat tegar durian dan tergolong sebagai durian premium. Setiap jenis durian memberikan pengalaman yang berbeza apabila dinikmati.
Tips Memilih dan Menikmati Durian yang Terbaik Bagi mereka yang ingin menikmati durian terbaik, terdapat beberapa tips untuk memilih durian terbaik. Memilih durian yang matang dengan mengambil kira aroma yang kuat, bentuk dan tekstur kulit serta getah buah yang keluar dari batang adalah penting. Pilihlah buah durian berbentuk bulat kerana isinya lebih penuh. Tips memilih tangkai atau batang durian ialah dengan memerhatikan batangnya samada masih bergetah atau tidak. Jika bergetah maka durian itu masih baru, manakala jika batang atau tangkainya sudah kering itu bermaknda duriannya sudah lama.
Makan durian bersama keluarga atau teman-teman serta mencuba pelbagai hidangan durian seperti cendol durian, ais krim durian atau pun pulut durian akan mempelbagaikan pengalaman anda menikmati durian. Petua orang lama untuk mengelak panas badan selepas memakan durian ialah dengan meletakkan sedikit air ke dalam kulit dalam durian dan meminumnya. Cubalah! anda pasti berterima kasih kepada kami nanti.
Rasai Kelazatan Buah Durian Malaysia Hari Ini! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan buah durian Malaysia yang legend ini. Nikmati sensasi yang luar biasa dengan setiap gigitan durian yang lazat dan kaya dengan rasa.
Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini.
Musim durian tiba dan peniaga durian mula tumbuh bak cendawan. Tidak melepaskan peluang keemasan ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri juga turut menjual durian. Istimewanya durian Aliff Syukri dibawakan segar dari ladang yang diusahakannya sendiri.
Durian aliff syukri telah menjadi viral kerana dijual murah serendah RM5 sekilo dan kualitinya elok seperti yang digembar gemburkan oleh warganet yang pernah membeli durian viral ini. Tawaran harga durian paling murah di Selangor ini telah menarik minat ramai orang untuk membeli durian daripadanya.
Aliff Syukri berkata bahawa dia seronok dapat menjual durian dengan harga yang murah dan berharap dapat membantu orang ramai untuk menikmati buah durian yang enak ini. Setiap hari orang ramai tidak putus-putus beratur panjang dan menunggu giliran untuk membeli durian ‘fresh’ dari kebun milik Aliff Syukri sendiri.
Durian RM5 yang dijual adalah durian kampung yang terkenal dengan rasanya yang lemak dan manis. Durian kampung juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan untuk orang yang tidak berpenyakit. Aliff Syukri berkata dia akan terus menjual durian dengan harga yang murah sehingga musim durian berakhir.
Datuk Seri Aliff Syukri mengatakan berkat doa arwah abah dan ibunya menyebabkan jualan duriannya terlajak laris. Menurut beliau, untung menjual durian sekarang tidaklah banyak mana, namun beliau menjual durian sambil niat bersedekah. Beliau juga tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana peniaga durian yang lain.
Selain durian kampung semurah RM5, beliau juga ada menjual durian Musang King, Black Thorn, ioi, Tembaga Emas, Udang Merah dan sebagainya. Menurut beliau harga yang dijual juga murah dari harga pasaran durian. Beliau berharap dengan harga yang berpatutan ini semua orang boleh menikmati durian terutamanya di kawasan bandar, almaklumlah harga durian di bandar lebih mahal berbanding di kampung.
Durian Aliff Syukri boleh didapati di lokasi Wisma Dherbs, Seksyen 8 Kota Damansara yang bermula dari jam 12 tengahari sehingga 7 malam untuk setiap hari.
Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini.
.
Durian Black Thorn adalah antara durian premium dan raja buah ini sangat terkenal & popular di kalangan peminat tegar durian di Malaysia. Harganya melangkaui harga durian Musang King. Nama lain bagi durian Black Thorn ialah durian duri hitam atau durian ochee atau durian Hai Tze.
Untungnya apabila tiba musim durian di Malaysia, ada peniaga yang menjual durian Black Thorn dengan harga serendah RM55 sekilo, yang mana sebaliknya jika bukan musim durian, blackthorn lazimnya dijual melebihi RM100 untuk 1 kilogram timbangan. Bukan sahaja digemari warga Malaysia, ia juga turut diminati warga Indonesia, Brunei dan Singapura. Ada warga negara Indonesia dan Brunei yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan rasa durian ochee ini apabila berkunjung ke Malaysia.
Disebabkan harganya yang mahal, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rasa durian Black Thorn ini?
Pada suapan pertama, anda pasti merasa terpana dengan keenakan dan kesedapan rasa durian premium ini. Dengan isinya yang tebal, dapat dirasakan tekturnya yang lemak berkrim seperti kastard, sedikit pahit dan manis di hujung lidah. Rasa manisnya melebihi rasa pahit. Ada juga yang menggambarkan rasa durian duri hitam ini sebagai rasa yang kompleks namun seimbang antara pahit dan manisnya.
Musim durian 2023 tiba lagi dan pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan durian, jika tidak takkanlah anda taip ‘durian near me’ ni kan? Semestinya kali ini anda juga tidak mahu kempunan untuk makan durian dan sedang mencari lokasi durian terdekat dengan anda.
Musim durian datang lagi. Dan kini musim durian murah tahun 2023 adalah penangan daripada durian menjadi serentak di kebanyakan negeri & musim durian yang lebih panjang tahun ini.
Menurut peniaga durian, perniagaan durian pada musim durian 2023 agak mencabar kerana durian sudah tidak boleh dijual tinggi lagi dan permintaan juga berkurangan. Difahamkan penanaman durian di negara China mula membuahkan hasil pertamanya pada bulan Jun tahun ini dan ini juga menyumbang kepada faktor durian murah tahun 2023.