aszulqa.com

Durian Near Me

Musim durian 2023 tiba lagi dan pastinya anda tidak melepaskan peluang untuk menikmati keenakan durian, jika tidak takkanlah anda taip ‘durian near me’ ni kan? Semestinya kali ini anda juga tidak mahu kempunan untuk makan durian dan sedang mencari lokasi durian terdekat dengan anda.

 

Antara durian yang popular ialah durian udang merah, durian musang king, durian ioi, durian heng, durian black thorn dan durian d24. Manakala  durian balik pulau, durian batu kurau, durian ss2 dan durian tunggal pula sentiasa menjadi sebutan di kalangan penggemar durian. Namun anda tidak perlu lagi bersusahpayah ke lokasi popular yang dinyatakan di atas kerana kejatuhan harga durian tahun ini membolehkan anda membeli durian dengan harga murah di lokasi berhampiran anda sahaja, cuma perlu taip sahaja ‘durian near me’ maka google akan mencadangkan lokasi berdekatan untuk anda pilih.

Peniaga durian di Malaysia akan menghadapi masalah yang sangat ketara memandangkan sebelum ini China mengimport sebanyak 825,000 tan durian berjumlah RM17.732 billion setiap tahun kata Ahmad Faezal, penulis buku geopolitik dan sejarah ekonomi. Durian yang ditanam di Pulau Hainan, China berkeluasan lebih 2,000 hektar iaitu seluas bandaraya Kuala Lumpur mula mengeluarkan hasil bermula Jun 2023. Dengan itu, dijangkakan negara China akan menghasilkan lebih banyak lagi buah durian pada masa akan datang. Apabila ini terjadi, eksport durian Malaysia ke negara China dijangkakan berkurangan dan lambakan stok durian di pasaran Malaysia akan terjadi.

Sekitar 20 tahun yang lampau, apabila tibanya musim durian anda dapat membeli durian kampung semurah RM5 untuk 1 plastik besar yang boleh diisi penuh. Fenomena ini tidak lagi dapat anda rasai sejak durian mula dieksport besar-besaran ke negara China. Namun dengan situasi terkini iaitu penanaman durian di China telah direalisasikan, adakah fenomena 20 tahun yang lampau akan kembali? Inilah yang diidam-idamkan pembeli yang sudah lama tidak dapat merasai pengalaman makan durian sepuas-puasnya seperti dulukala semenjak harga durian melambung tinggi! 

Dapat dilihat perang harga durian tahun 2023 sudah bermula, antara situasinya ialah peniaga menjual durian Musang King semurah RM10 sekilo dan ada juga yang menjual udang merah RM10 3biji. 

Kejatuhan harga durian tahun 2023 dilihat memberi kesan negatif kepada peniaga, sebaliknya ia adalah kesan positif untuk pembeli. 

Jika anda adalah pemilik kedai durian/ gerai durian atau produk berkaitan durian dan ingin mempromosikan gerai durian anda boleh klik link ini. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 15 =

Scroll To Top