Pasti ramai yang biasa mendengar nama nasi Kak Wok samada pernah merasainya sendiri mahupun pernah mendengar namanya sahaja kerana nasi Kak Wok ini sudah lama popular. Nasi putih yang dibungkus bersama gulai ayam, ayam goreng saiz kecil-kecil dan sambal kelantan. Cuma seringkas itulah hidangan yang dikenali sebagai nasi Kak Wook.
IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Instagram (klik follow)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Instagram (klik follow)
Asal usul nasi Kak Wok sebenarnya berasal dari negeri Kelantan. Nasi Kak Wok diperkenalkan oleh Allahyarham Mek Wook Hassan pada tahun 1984 dan mula dikenali masyarakat setempat sekitar Kota Bharu, Kelantan. Kemudiannya semakin dikenali di seluruh negeri Kelantan dan kemudian mula viral ke seluruh Malaysia.
Semenjak nasi Kak Wook menjadi fenomena dan viral, ramai pengusaha kedai makan menggunakan gelaran nasi Kak Wok untuk menu yang seakan-akan sama dengan nasi Kak Wook. Kedai nasi Kak Wok tumbuh bagai cendawan sekitar Lembah Klang dan mendapat sambutan ramai. Sehinggalah anak-anak kepada pengusaha asal Nasi Kak Wook bertindak mendaftarkan jenama dan logo Nasi Kak Wook dengan MyIPO pada 17 Oktober 2014.
Walaupun demikian masih ramai juga yang menjual nasi ala Kak Wok, cuma tidak lagi menggunakan gelaran nasi Kak Wok. Untuk yang masih tertanya-tanya apalah rasanya nasi Kak Wook ni bolehlah mencuba resipi nasi kak wok berpuaka yang telah dikongsikan oleh Rusmida Rusdi dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
Mula-mula nasi putih ditanak dan letak daun pandan simpul.
Bahan-bahan gulai ayam:
~bawang bombay – 4 labu
~bawang putih – 5 ulas
~halia – 1 inci setengah
~lengkuas – 1 inci setengah
~rempah kari daging – 3 sudu
~rempah kerutub – 1 sudu
~Kacang panjang – potong
~Terung potong kecil-kecil
~Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil-kecil
~Santan (jangan pekat sangat)
~ Garam dan kiub ayam
~ 1 kerek nisan
Cara memasak gulai ayam:
1. Blend bawang merah, bawang putih, halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam hingga empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
Bahan-bahan Ayam Goreng Harum:
~1 ekor Ayam – potong kecik2
~Garam- 2 sudu kecik
~kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
~serbuk kunyit – 1 sudu kecik
~serbuk cili – 1 sudu kecik
~*Daun kari 3 tangkai
Tips memasak: daun kari adalah untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni. Wallllahhhh!
Cara memasak ayam goreng:
1) Ayam basuh bersih dan toskan.
2) Potong kecil-kecil. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Bahan-bahan Sambal Belacan Ala Kak Wok:
~4 biji cili kering – direbus
~Cili padi ikut pedas
~2 inci belacan
~1 labu bawang besar dibakar
~1 labu bawang putih dibakar
~Gula, garam, perasa
~Air asam jawa
Cara buat sambal belacan ala nasi Kak Wok:
Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
.
Kredit: Rusmida Rus