aszulqa.com

nasi tomato resepi mudah tapi lengkap resepi nasi, lauk berkuah dan sayur!

Nasi tomato adalah antara resepi yang sangat sesuai dihidangkan untuk hidangan di hari raya, berbuka puasa, majlis keraian, majlis keramaian, untuk tetamu yang datang bertandang mahupun untuk hidangan harian keluarga. Hidangan yang sudah lengkap dengan nasi berperisa, lauk berkuah dan sayur inilah yang menyebabkan resepi nasi ini sentiasa menjadi pilihan setiap kali ingin memasak.
 

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Resepi nasi tomato ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
Air secukupnya – anggaran air 1 cawan beras basmathi ( 1.5 cawan air)
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
3 sdb tomato puri
3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
Sedikit minyak/marjerin
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak nasi tomato:
-Beras direndam dalam 30 minit, basuh dan toskan
-Panaskan minyak, tumis bawang dan halia
-Masukkan 3 sekawan dan daun pandan
Bila dah layu masukkan tomato puri
-Masukkan beras
-Masukkan susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam
-Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik
-Biarkan nasi masak
-Bila dah kering kacau sekejap guna garfu
-Taburkan kismis dan bawang goreng

Ayam Masak Merah yang Simple 👇
1/2 ekor ayam
2 cawan cili kisar
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sekawan
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
Air anggaran 1 cawan kalau nak berkuah boleh letak lebih
Garam dan gula secukupnya
1 biji bwg besar hiris (hiasan )
Daun bwg
Kacang peas dalam tin
Ayam digoreng dengan garam kunyit

Blendkan bahan yang bertanda *

 

-Panaskan minyak dn tumiskan bahan * sampai naik minyak
-Masukkan 3 sekawan dan cili kisar
-Tumis sampai cili garing
-Masukkan sos cili dan sos tiram
-Masukkan air, garam dan gula
-Bila dah mendidih masukkan ayam dan bawang besar hiris
-Boleh masukkan kacang peas jika suka
-Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang

Boleh juga lihat cara masak ayam masak merah seperti di bawah:

 

Acar Nenas dan Timun Bersunquick 👇
1/2 biji nenas
1 batang timun
2 biji cili merah
2 sdb oren sunquick
Garam dan gula
Potong nenas dan timun
Hiris cili
Gaulkan semua bahan…dah siapppp🥰
Selamat mencuba uols happy trying!

Kredit : fb Hidayati hana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × one =

Scroll To Top