aszulqa.com

Nasi ganja ipoh kini boleh dibuat sendiri di rumah…jom ikuti resepi nasi ganja surrrrrrr ni!

Bila sebut nasi ganja mesti ramai yang terbayangkan nasi ganja Ipoh yang sering menjadi sebutan ramai. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ia dipanggil nasi ganja. Sebenarnya nasi ganja adalah sama sahaja seperti nasi kandar. Mungkin disebabkan kesedapannya menyebabkan ramai yang ketagih nak makan nasi ini sehingga timbullah gelaran nasi ganja.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Kini anda tidak perlu lagi ke Ipoh semata-mata ingin menikmati nasi ganja viral ini. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah yang lebih terjamin kebersihannya menggunakan resepi nasi ganja yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Resepi nasi sebegini selalunya sesuai dihidangkan untuk tetamu atau bila ada keraian kerana hidangannya sudah cukup lengkap nasi, lauk, kuah dan sayur.

 

Bahan-bahan 
3 cawan beras bashmati – cuci bersih, rendam 30 minit, toskan
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
4 biji bawang putih – hiris*
1 biji bawang besar – hiris*
1 inci halia – hiris*
3 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 biji buah pelaga*
3 biji bunga cengkih*
1 bungkus kecil serbuk rempah Sup Adabi*
beberapa titis pewarna kuning telur
6 sudu besar sos cili
garam secukupnya

Cara memasak nasi ganja:
1. Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan cair/panas.
2. Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.
3. Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili.
4. Tambahkan garam secukupnya.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api. Biar nasi tanak lebih kurang 5 – 7 minit (nampak wap-wap keluar dari tudung periuk). Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kacau rata.

Untuk Ayam Goreng
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sk serbuk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk paprika
1 sk serbuk lada hitam
3 tangkai daun kari dimayang
3 sb tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
5 inci halia
4 batang serai

Cara memasak ayam goreng:
1. Perap kesemua bahan kecuali minyak.
2. Setelah memerap lebih kurang 30 minit, bolehlah goreng ayam tadi dengan menggunakan api sederhana panas supaya masak sekata.

Kuah Kari Ummi
Bahan-bahan:
4 sb bungkus kecil rempah kari ayam + kari ikan
1 sb serbuk cili

Bahan tumbuk/hiris – tumisan
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan lain:
3 biji kentang – kupas kulit dan potong dadu
5 batang kacang panjang – potong sepanjang 3 cm
Terung
Lobak merah – potong panjang 2 inci
garam
1 sk pati asam jawa
4 cawan santan cair atau air kosong
Kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang dan lehernya (optional)

3 tangkai daun kari

 

Cara memasak kari mamak boleh klik bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × four =

Scroll To Top