aszulqa.com

MENU BERBUKA PUASA TANPA NASI

Nasi dan tekak Melayu memang tidak dapat dipisahkan. Selalunya bila tiba waktu berbuka puasa, menu berasaskan nasi dan lauk pauk menjadi pilihan yang mengenyangkan. Namun ada ketikanya kita inginkan menu berbuka puasa tanpa nasi. Jadi di sini kami senaraikan menu berbuka puasa tanpa nasi yang boleh anda cuba.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 


RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan spaghetti bolognese

  • spaghetti
  • segenggam ayam cincang
  • 1 biji bawang merah potong dadu (sebaiknya guna bawang holland)
  • 1 batang carrot (potong dadu)
  • 1 capsicum (potong dadu)
  • 1 batang saderi (dipotong)
  • garam bukit secukup rasa
  • 1 botol sos bolognese (traditional)
  • mixed herbs
  • 1 pek spaghetti (direbus hingga lembut)

Cara masak spaghetti bolognese simple klik sini

 

 


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

Bahan-bahan spaghetti carbonara tanpa sos prego

  • sedikit butter/ mentega
  • 1 biji bawang holland (racik halus atau potong dadu kecil)
  • 2 keping daging burger
  • 1 cili merah besar (dihiris)
  • 1 cawan susu (kami guna 3 sudu besar susu tepung full cream larutkan dalam secawan air)
  • 4-5 cheese keping
  • 4-5 biji cendawan shitake (dihiris)
  • beberapa biji meatball
  • 12 ekor udang
  • 1 sudu besar tepung jagung (dilarutkan bersama sedikit air)
  • 1 peket spaghetti

Cara masak spaghetti carbonara tanpa sos prego klik sini

 

 


RESEPI MAKARONI GORENG CHEESE

Bahan-bahan makaroni goreng cheese

  • 4 genggam makaroni
  • 1 biji bawang merah besar diracik (sebaiknya guna bawang holland)
  • 3 ulas bawang putih (diracik)
  • segenggam isi ayam (dihiris)
  • 1 biji telur
  • 4-5 keping cheese
  • 1/2 batang carrot
  • 1/2 batang saderi
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari

Cara masak makaroni goreng klik sini

 

 


RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE

Bahan-bahan bihun goreng singapore

  • sebungkus bihun direndam dengan air suhu bilik supaya sedikit lembut
  • 10 ulas bawang putih (diracik @ ditumbuk)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 sudu besar lada hitam @ black pepper (ditumbuk)
  • isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji telur
  • 1 batang lobak merak (dihiris halus memanjang)
  • 3/4 biji kobis (dihiris halus memanjang)

Cara masak bihun goreng singapore klik sini

 

 


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA CREAMY (CHEESE + AYAM)

Bahan-bahan spaghetti carbonara cheese

  • mentega @ marjerin
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 1 cili merah (dihiris)
  • cendawan shitake (dihiris)
  • 1 dada ayam (dihiris kecil)
  • 2 cawan susu (susu segar @ susu tepung @ susu cair)
  • 2 sb tepung gandum + sedikit air
  • 2 cheese keping
  • black pepper @ serbuk lada hidam
  • parmesan cheese
  • 1 peket spaghetti

Cara masak spaghetti carbonara cheese klik sini

 

 


RESEPI AYAM BAKAR DAN MASHED POTATO

Bahan-bahan ayam bakar dan mashed potato

  • 1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
  • 13 sb sos cili
  • 2 sb kicap pekat manis
  • lada hitam
  • 3 sb gula
  • garam
  • 2 bawang merah (dikisar)
  • 4 bawang putih (dikisar)

Cara masak ayam bakar dan mashed potato klik sini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Resepi KARI JEPUN Halal [Resepi Ayam Berkuah Tanpa Santan]

Resepi ayam berkuah tanpa santan iaitu resepi kari Jepun Halal adalah suatu resepi kari yang menarik untuk dicuba. Sebagai rakyat Malaysia, kita dah biasa dengan masakan kari ayam Melayu mahupun kari mamak @ kari India. Tapi kali ini kami bawakan resepi yang berbeza sedikit bahannya dan juga berlainan cara masakannya.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Selalunya resepi kari Jepun halal ini menggunakan ‘readymade’ kiub kari Jepun ataupun dipanggil kari block (kari roux block). Memang ada dijual di pasaraya Jepun, kat Malaysia mungkin ada tapi kena rajin cari….dipanggil ‘curry roux’. Tapi jangan risau, walaupun tanpa kiub kari Jepun halal…kami akan tunjukkan cara membuat kari roux dari ‘scratch’ yang sama fungsinya seperti seperti kiub kari Jepun halal.

 

Ini adalah contoh kari roux block (kredit to natsu curry)

 

kari jepun halal menggunakan ‘homemade’ kari roux

 

BAHAN KARI ROUX
-3 sb butter @ mentega (50g butter)
-3 sb tepung gandum
-4 sb serbuk kari ayam

BAHAN-BAHAN
-1/2 biji bawang holland (potong dadu kecil)
-3 ulas bawang putih (potong dadu kecil)
-1 inci halia (potong dadu kecil)
-1 batang carrot (potong dadu)
-2 biji kentang (potong dadu)
-2 dada isi dada ayam
-2 pinggan tepung serbaguna

CARA MEMASAK kari jepun
1. sediakan kari roux dahulu
2.panaskan butter dengan api perlahan sahaja
3.bila butter dah cair masukkan tepung gandum & kacau sebati
4.masukkan serbuk kari ayam & kacau sebati kemudian ketepikan seketika kari roux ini
5.mulakan memasak kari jepun dengan menumis bawang merah + bawang putih + halia hingga layu
6.kemudian masukkan potongan carrot & kentang
7.masukkan 2 cawan air bersama 1 kiub pati ayam & biarkan hingga mendidih
8.bila dah mendidih masukkan kari roux & kacau mesra
9.masak hingga kentang & carrot menjadi empuk
10.perasakan dengan secubit gula beserta garam & siap untuk dihidang
11.seterusnya sediakan pula ayam katsu
12.isikan tepung serbaguna dalam 2 pinggan berlainan
13.1 pinggan tepung serbaguna dibancuh dengan sedikit air
14.1 pinggan lagi tepung serbaguna dibiarkan kering
15.salutkan dada ayam dengan tepung yang telah dibancuh air
16.kemudian salut sekali lagi dengan tepung kering
17.gorengkan ayam katsu dalam minyak yang banyak (deep fry)
18.bila ayam dah masak crunchy bolehlah dihidang bersama nasi & tuangkan kari jepun tadi ke atasnya.

 

Untuk cara memasak kari jepun yang lebih jelas boleh lihat video ni

 

 

 

 

Kari Ayam Tanpa Santan & Tanpa Rempah 4 Sekawan [Resepi Ayam Berkuah tanpa Santan]

Kari ayam tanpa santan yang pekat dan sedap, juga tanpa rempah 4 sekawan untuk menu yang lebih sihat. Ini adalah antara resepi ayam berkuah tanpa santan yang sedap, simple & senang disediakan.

? Ikuti update terbaru secara eksklusif:
?Youtube (klik subscribe)
?Instagram (klik follow)

?TikTok (klik follow)
?fb page (klik follow) Read more

Scroll To Top