aszulqa.com

Masak Lemak Putih Labu Hanya 4 Bahan : Cepat Dimasak, Senang & Sedap

Nak hidangan & masakan berkuah, masaklah resepi masak lemak putih labu kuning menggunakan hanya 4 bahan yang cepat dimasak, sangat senang & sedap dimakan. Tak perlu pening kepala dah nak masak lauk berkuah yang lain, cukup masak lemak labu kuning & ikan goreng atau ayam goreng dimakan bersama nasi panas dah cukup mengenyangkan. Apatah lagi jika dipadankan dengan sambal belacan & ulam-ulaman, makan sepinggan pun tak cukup jawabnya.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Selain labu, ada banyak jenis sayur masak lemak putih yang lain yang boleh digunakan seperti kubis, petola, cekur manis, pucuk labu, bayam dll. Antara yang menjadi kegemaran ramai seperti masak lemak putih taugeh, sayur lemak putih sawi, kobis masak lemak putih & masak lemak kubis telur. Nak senang & mudah boleh guna santan kotak, tapi kalau nak lebih sihat gunalah santan segar. Selain sayur masak lemak putih, ramai juga yang suka masak lemak putih soon yang senang dan tidak rumit. Ibu bekerja, suri rumah malahan orang bujang mesti suka resepi masak lemak putih 4 bahan ni yang zappp, zappp zappppp….dah siap!

Masak lemak putih ni sebenarnya sinonim dengan masak lemak putih kelantan ataupun dipanggil sayur lemak. Masak lemak putih juga boleh dikategorikan sebagai masakan simple, masakan kampung & masakan melayu yang evergreen. Jom kita lihat 4 bahan yang dikatakan tu….dan cara memasaknya.

BAHAN-BAHAN

  • 1/3 biji labu (potong kecil ikut saiz yang diingini)
  • 1 biji bawang merah besar (dibelah 6)
  • 1 sudu besar lada hitam @ black pepper
  • 1 1/2 mangkuk santan segar (1 mangkuk santan pekat, 1/2 mangkuk santan cair)

 

CARA MASAK

1.Masukkan 1/2 mangkuk santan cair & 1/2 mangkuk santan pekat ke dalam periuk
2.Sentiasa kacau & masak santan hingga mendidih
3.Setelah mendidih masukkan kesemua labu, bawang merah & lada hitam
4.Teruskan kacau (perlu selalu dikacau supaya santan masak dengan canntik)
5.Apabila labu sudah lembut & empuk, masukkan baki santan pekat tadi dan kacau
6.Kemudian masukkan garam bukit secukup rasa, kacau sekejap dan bolehlah ditutup api

Haaaa….kan dah siap masak lemak putih labu guna 4 bahan sahaja. Ringkas bukan?

Nak lebih jelas SUBSCRIBE video masakan kami disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − 11 =

Scroll To Top