aszulqa.com

AYAM BUTTER MILK @ AYAM BUTTER @ CHICKEN BUTTER: Creamy & Cheesy

Ayam butter milk atau dikenali juga sebagai ayam butter @ chicken butter sangat sesuai sebagai menu masakan cepat, pantas & ekspress. Rasanya yang creamy & cheesy pasti disukai anak-anak & seisi keluarga.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Bahan-bahannya mudah & tak banyak, cara masak juga ringkas & simple. Ia boleh dijadikan menu masakan kegemaran seisi keluarga juga sebagai menu masakan penyelamat waktu kesuntukan masa. Contohnya untuk ibu-ibu bekerja yang baru pulang dari tempat kerja & nak kena masak dengan cepat, juga jika ada tetamu yang datang bertandang tanpa memberitahu terlebih dahulu.

Ayam buttermilk @ ayam butter @ chicken butter juga sedap jika digandingkan dengan menu western food yang lain seperti fries, wedges, spaghetti dll atau sedap juga dimakan bersama nasi putih.

 

Sebelum sos butter milk dimasak, ayam perlu disalutkan dengan tepung terlebih dahulu kemudiannya digoreng. Setelah itu, barulah sos butter milk dimasak.

 

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
  • tepung bestari original + tepung bestari spicy
  • butter @ mentega
  • 1/2 bawang holland (potong dadu)
  • 2 cili merah (dihiris) (*TIPS MASAK: selalunya orang guna cili padi, tapi saya gantikan dengan cili merah supaya kurang pedas & anak-anak boleh makan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu (susu tepung full cream dibancuh dengan air) boleh juga gunakan susu cair atau
  • susu segar
  • 2 keping cheese

 

Nak tengok sukatan yang tepat & cara masak dengan betul SUBSCRIBE sini

CARA MASAK
1.Golek-golekkan ayam kedalam campuran tepung bestari original + spicy
2.Panaskan kuali & goreng ayam hingga masak keemasan kemudian angkat ketepikan
3.Dalam kuali lain, cairkan butter @ mentega
4.Tumiskan bawang holland hingga layu
5.Masukkan hirisan cili merah & daun kari
6.Masukkan setengah cawan susu & kacau sebati
7.Masukkan cheese keping
8.Kemudian perasakan dengan garam bukit & sos butter milk sudah siap!
9.Bolehlah ditaburkan ke atas ayam goreng tadi & sedia untuk dimakan seisi keluarga

 

TIPS MEMASAK: Seeloknya selepas masak terus dihidang & dimakan kerana jika dibiarkan terlalu lama, ayam akan kurang sedap kerana telah kembang di dalam sos buttermilk tadi.

Scroll To Top