aszulqa.com

Kari Ayam Tanpa Santan & Tanpa Rempah 4 Sekawan [Resepi Ayam Berkuah tanpa Santan]

Kari ayam tanpa santan yang pekat dan sedap, juga tanpa rempah 4 sekawan untuk menu yang lebih sihat. Ini adalah antara resepi ayam berkuah tanpa santan yang sedap, simple & senang disediakan.

? Ikuti update terbaru secara eksklusif:
?Youtube (klik subscribe)
?Instagram (klik follow)

?TikTok (klik follow)
?fb page (klik follow)

 

Kami kongsikan rahsia, tips & petua cara masak kari ayam sedap & pekat walaupun tanpa santan & tanpa rempah 4 sekawan. Bezanya kari ayam tanpa santan ni dengan kari ayam bersantan ialah kari ayam tanpa santan walaupun dimakan banyak, ia tak muak. Perkongsian resepi kari ayam daripada Dr. As Zulqa di channel youtubenya telah mendapat banyak ‘feedback’ positif daripada penonton yang telah mencubanya sendiri:

 

 

 

 

 

 

Kari ayam tanpa santan ini merupakan resepi kari ayam paling simple, senang tapi sedap…tak perlu risau tiada santan atau rempah 4 sekawan kari ayam tetap boleh menjadi dengan sedap! Anak-anak pun pasti suka, siap tambah nasi berpinggan-pinggan bila makan kari ayam tanpa santan ni. Boleh juga dijadikan menu bekal sekolah anak untuk dimakan bersama nasi putih. Tapi kalau anak tak suka makan nasi, boleh bawa kari ayam tanpa santan ini bersama roti jala atau roti gardenia keping sahaja. Lagipun cara masak kari ayam tanpa santan ni juga lebih mudah dan simple, tak memerlukan masa yang lama untuk ibu-ibu berada di dapur.

 

Petua masak kari ayam sedap, sewaktu menumis rempah kari…rempah kari kena betul-betul masak sehingga pecah minyak. Kalau tidak pecah minyak rempah karinya & tidak masak sempurna itulah jawapannya kenapa kari pahit dan rasa payau. Jadi kena follow betul-betul petua ini supaya masak kari ayam menjadi dengan sedap! Jom lihat resepi ayam berkuah tanpa santan dan kari ayam pekat likat ini kat bawah:

Bahan-bahan:
-1 biji bawang merah besar (dihiris mayang)
-5 ulas bawang putih (dihiris mayang)
-2 inci halia (dihiris)
-3 tangkai daun kari
-5 sb rempah kari ayam (bancuh dengan sedikit air)
-1/3 ekor ayam

-4 biji kentang
-1 asam keping

 

 

Cara memasak kari ayam tanpa santan:
1.Panaskan minyak masak & tumiskan bawang merah, bawang putih, halia & daun kari
2.Masukkan bancuhan serbuk kari ayam
3.Masukkan sedikit air & masak hingga pecah minyak
4.Masukkan potongan ayam
5.Kemudian masukkan potongan kentang
6.Biarkan potongan ayam & kentang hingga separuh masak & sebati
7.Kemudian masukkan asam keping

8.Masukkan air secukupnya
9.Masak sehingga ayam & kentang empuk
10.Dah masak boleh dihidang

 

Untuk lebih faham cara masak kari ayam yang betul & pelbagai petua, tips menyedapkan masakan kenalah tengok video kat bawah ni

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 4 =

Scroll To Top