aszulqa.com

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP [Ayam Berkuah Tanpa Santan]

Resepi ayam masak ungkep, ayam berkuah tanpa santan ini dah berbelas tahun saya gunakan & menjadi kegemaran seisi keluarga. Walaupun ada 1001 resepi masakan ayam ungkep yang lain, saya tak pernah cuba kerana ayam ungkep yang ni dah cukup sedap & digemari suami & anak-anak.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Kadang-kadang tekak kita ni rasa nak makan masakan yang berempah tapi kalau nak masak rendang rasanya macam komplikated sedikit sebab memerlukan banyak bahan & masa yang lama. Lagipun tak semua kanak-kanak suka makan rendang. Sebagai ibu ni, kitalah yang kena bijak pilih menu yang digemari seisi keluarga & mudah dimasak. Maka resepi ayam berkuah tanpa santan inilah jawapannya! ayam ungkep…

Resepi ini sudah diolah menjadi kurang pedas atau tidak pedas untuk anak-anak supaya ia menjadi masakan ‘mesra seisi keluarga’.Jika menurut resepi asalnya, perlulah diletak banyak cili padi supaya pedas & lebih umphhhh!

Seringkali bila dihidang kepada kawan-kawan atau tetamu yang datang bertandang ke rumah, mereka akan ‘jatuh cinta’ pada suapan pertama lauk ini. Mereka selalu tertanya-tanya masakan apakah ini kerana rasanya yang berempah tetapi bukan rendang, ada sedikit kuah yang pekat tetapi tidak bersantan (itulah resepi ayam berkuah tanpa santan).

 

Sebenarnya, ungkep ayam ini adalah masak ayam resepi mudah dan simple di antara resepi lauk pauk berasaskan ayam. Bahan-bahannya agak ringkas & kebanyakan masa ada di dapur kita.Cara masak ayam ungkep juga taklah susah mana.

 

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 Sudu Besar (SB) halba
  • 1 SB jintan putih
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2-3 biji kentang
  • garam bukit secukup rasa

 

Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :

  • 2 biji bawang merah besar
  • 3″- 5″ kunyit hidup
  • 1″ halia
  • 2 biji cili padi (jika suka pedas, lebihkan lagi)

 

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan minyak masak. Sebelum minyak panas, terus masukkan halba dan jintan putih kemudian dikacau sekata. Masak dengan api perlahan sahaja. Pastikan sentiasa kacaurempah ini kerana jika hangit atau minyak terlebih panas akan menyebabkan ungkep menjadi pahit (*Ini tips penting!)
  2. Apabila rempah tadi sudah berbau semerbak bolehlah dimasukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan potongan ayam & kacau sebati.Tambahkan air secukupnya.
  4. Kemudian tutuplah masakan tadi dengan penutup periuk supaya rempahnya lebih meresap & ayam lebih cepat empuk. Kalau tidak ditutup masakan ayam ini maka tiadalah namanya UNGKEP kerana ungkep dalam bahasa jawa bermaksud tutup.
  5. Sesekali bolehlah dibuka penutup periuk untuk mengacau bagi mengelakkan hangit (ingat! waktu ni masak dengan api perlahan sahaja)
  6. Tambahkan air lagi jika korang suka berkuah & masukkan potongan kentang.
  7. Tutup lagi sekali masakan ini dengan penutup periuk. Sesekali dikacau & masaklah sehingga pecah minyak.
  8. Apabila sudah cantik pecah minyaknya, perasakan dengan garam bukit pink (pilihan lebih sihat). Kemudian taburkan hirisan daun kunyit& kacau sehingga mesra.Dah boleh tutup api waktu ni.
  9. Dan siap resepi ayam berkuah tanpa santan; ayam masak ungkep kita! Sedia untuk dihidang seisi keluarga.
  10. Jika resepi simple, sedap & mudah ini bermanfaat untuk korang……..teruskan SHARE di fb korang or group masakan, takut lain kali cari posting ni tak jumpa pulak kan.

 

Saya berbesar hati meluangkan masa untuk buat video dan tunjuk step by step cara masak ungkep  ayam untuk korang supaya lebih senang nak follow. Rugi tak SUBSCRIBE sebab lebih banyak lagi resepi best akan di upload kat chanel youtube ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 16 =

Scroll To Top