aszulqa.com

resipi sup ayam mamak

Masyarakat majmuk memeriahkan kepelbagaian makanan di Malaysia. Antara tempat makan yang sering dikunjungi di Malaysia tidak mengenal kaum ialah kedai mamak ataupun restoran mamak. Kepelbagaian menu mamak merupakan tarikan utama ianya senang dikunjungi oleh semua kaum di Malaysia.

Selain roti canai, kedai mamak juga cukup terkenal dengan menu sup ayam mamak yang power! Sup ayam mamak yang pekat dan kaya dengan rasa rempah agak berbeza dengan sup ayam Melayu. Resepi ayam berkuah tanpa santan ini sedap dihirup begitu sahaja dan dicicah bersama roti ataupun dimakan bersama nasi putih. Jika sebelum ini kita hanya menikmati sup ayam mamak ini di kedai mamak, apa kata kita cuba sendiri masak di rumah resepi sup ayam mamak style yang pekat dan berempah seperti resipi di bawah ini:

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
4 sekawan
1 peket kecil rempah sup
2 sb rempah kurma
1 sb serbuk kunyit
5-7 biji ubi kentang
1 batang carrot
daun ketumbar
garam
air

Read more

Scroll To Top