aszulqa.com

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Ayam goreng KFC yang rangup dan juicy selalunya digemari baik dewasa mahupun kanak-kanak. Sedap dimakan di restoran makanan segera ini, mahupun dibungkus bawa pulang. Jika dibeli 1 set tidaklah terasa mana, tapi jika dibeli untuk seisi keluarga lebih dari 5 orang ahli keluaraga memang terasa mahalnya. 

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Dengan kenaikan harga ayam bermula 1 Julai 2022, pastilah lebih terasa kenaikan harganya. Jadi solusi untuk anda yang gemarkan ayam goreng KFC ini ialah dengan memasaknya sendiri di rumah. Jika sekali buat tidak menjadi seperti ayam goreng KFC restoran segera tu, boleh dicuba lagi sehigga menjadi. Almaklumlah memasak ini bukan sekadar mengikut resepi sahaja, memasak juga seperti pengalaman bekerja….lebih lama anda bekerja, lebih banyak pengalaman. Maksudnya lebih banyak anda memasak, lebih banyak pengalaman memasak yang semakin lama menjadi semakin sedap dan menjadi seperti yang diinginkan.

Resepi ayam goreng ala KFC ini adalah perkongsian Azlina Ina. Resepi ayam KFC tepung bestari ini pastinya lebih menjimatkan dan puasa hati makan seisi keluarga.

BAHAN UTAMA
1 ekor ayam
 
BAHAN TELUR
3 biji telur
sedikit lada sulah
* campur semua
 
BAHAN PERAP
1/2 cawan tepung bistari
1 sk lada sulah
air
* campur semuanya, bancuhan biarkan sedikit cair
 
CAMPURAN TEPUNG
1 cawan tepung bistari spicy
3 sb tepung beras
* gaul rata

CARA MASAK AYAM GORENG ALA KFC
1. Celup ayam dalam BAHAN TELUR kemudian rendam dalam BAHAN PERAP dan taburkan sedikit daun kari.
2. Perap selama 30 minit-1 jam dalam chiller.
3. Keluarkan ayam dan golek-golekkan dekat CAMPURAN TEPUNG dan celup semula dalam BAHAN PERAP kemudian golek-golek lagi dekat CAMPURAN TEPUNG.
4. Panaskan minyak. Wajib goreng dalam periuk kalau derhaka tak jadi sebab nak tenggelamkan ayam tadi baru dia garing.
5. Api kena sederhana baru dalam die juicy ?
6. Goreng dan jangan selalu terbalikkan. Biar dia golden baru terbalikkan.
Selamat mencuba.
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + 8 =

Scroll To Top