Pernahkah anda merasa cemas, keresahan, kerisauan dan kegelisahan yang melampau sehingga tidak dapat mengawalnya? Jika pernah dan situasi ini kerapkali berulang dan berpanjangan, anda mungkin mengalami anxiety disorder atau gangguan keresahan dan kegelisahan melampau.
“Anda tidak bersendirian. Ada banyak orang yang mengalami anxiety disorder dan berjaya sembuh. Jangan menyerah kalah & bangkitlah untuk melawan dan sembuh”
Kegelisahan dan kerisauan adalah tindak balas refleks badan apabila berdepan dengan bahaya, situasi yang mencemaskan, tekanan perasaan dan sebagainya. Ianya adalah sesuatu yang normal. Namun ia mula menjadi sesuatu yang tidak normal apabila keresahan, kegelisahan dan kerisauan berlaku secara berterusan diluar kawalan anda tanpa sebab yang munasabah.
Apabila keresahan, kegelisahan dan kebimbangan ini berlaku secara berterusan dan menyebabkan gangguan hubungan sesama manusia dan kehidupan seharian anda, berkemungkinan anda sudah melampaui sempadan reaksi kegelisahan yang normal dan memasuki fasa gangguan kegelisahan.
Ciri-ciri anxiety disorder:
- Perasaan resah gelisah, risau, was-was tanpa sebab munasabah
- Sangat sensitif dan senang tersinggung perasaan
- Sukar memberi tumpuan dan berfikir
- Sedih dan menangis tanpa sebab
- Ketakutan tanpa sebab
- Sukar untuk tidur
- Sentiasa letih lesu
- Merasa tidak berguna
- Rasa putus asa
- Rasa kecewa
- Perasaan hampa
Kadang-kadang anda boleh mengamuk teruk hanya disebabkan masalah kecil. Contohnya disebabkan air yang tertumpah di lantai, anda boleh mengamuk dan merasa sangat marah sehingga menggigil-gigil badan. Anda sendiri berasa sangat penat dengan emosi ‘ribut’ yang anda hadapi, rasa penyesalan yang tidak berkesudahan dan hampa namun apabila berada di dalam situasi yang memuncak anda kembali tidak dapat mengawalnya.
Jika ada seseorang mengatakan bahawa anda ‘overthinking’ dan anda berasa ‘trigger’ dengan ‘term’ itu, ketahuilah anda berkemungkinan menghidap anxiety disorder. Pengidap anxiety disorder sangat pantang jika ada orang yang melabelkan mereka ‘overthinking’ kerana mereka tidak meminta untuk menjadi overthinking hatta diri mereka sendiri tidak dapat mengawal keresahan dan kegelisahan melampau yang dihadapi.
Penyebab anxiety disorder:
Penyebab anxiety disorder belum dapat dikenalpasti secara terperinci namun terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang mengalami gangguan ini, antara lain:
- Genetik
- Trauma atau pengalaman hidup lepas yang sangat menyakitkan
- Kekecewaan berpanjangan di dalam hidup
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Hormon yang tidak stabil
- Stress dan tekanan
Tabiat buruk penghidap anxiety disorder:
- Selalu mencari simptom dan penyebab masalah. Suka ‘google’ punca-punca penyakit dan mengesyaki anda terkena penyakit kronik
- Ketakutan yang berlebihan
- Suka tidur lewat malam dan waktu tidur tidak teratur
- Sentiasa memikirkan masa silam yang sudah berlalu
- Tidak menjaga pemakanan
Cara mengatasi anxiety disorder:
Antara cara mengatasi anxiety disorder ialah melalui:
- Mendekatkan diri kepada Allah (jika anda adalah Muslim)
Jika anda adalah Muslim, kembalilah kepada Allah dengan memperbanyakkan solat taubat dan solat hajat memohon kesembuhan dan ketenangan. Jadikan zikir sebagai ‘makanan jiwa’ anda seharian dan rasai sendiri keajaibannya. - Menangani stress dan tekanan dengan bijak
Kenal pasti perkara yang mendatangkan stress dan tekanan kepada anda dan cuba elakkannya sebaik mungkin. - Teknik pernafasan yang betul
Anda boleh mengamalkan ternik pernafasan yang betul dengan menarik nafas dalam, menahannya seketika kemudian baru dihembus. Ulang teknik pernafasan beberapa kali sehingga kegelisahan anda berkurangan dan dapat dikawal. - Bersenam
Bersenam dapat melancarkan pengaliran darah anda. Apabila aliran darah lancar dan tidak bermasalah, anda dapat berfikir dengan baik. Bersenam juga dapat ‘membuang’ energi negatif dalam diri kerana apabila tubuh badan sudah penat anda akan dapat tidur dengan baik tanpa memikirkan perkara yang bukan-bukan. Antara senaman yang boleh anda amalkan ialah berjalan kaki (brisk walk), berlari (jogging), berenang, menari atau mempelajari seni mempertahankan diri. - Tidur berkualiti
Pastikan tidur anda berkualiti dengan memastikan tempat tidur yang selesa, gelap, dan sunyi. Tidurlah seawal jam 10 malam hingga 11 malam. - Yoga
Yoga adalah salah satu teknik meditasi berkesan yang dapat melatih pemikiran anda untuk lebih tenang dan terkawal. - Therapist
Berjumpa dengan therapist untuk meluahkan perasaan anda dan biarkan therapist merungkai permasalahan dalaman anda kemudian mengesyorkan anda cara berkesan untuk menanganinya kelak. - Ubat-ubatan
Ubat-Ubatan anti-depresi dapat membantu mengurangkan gangguan kegelisahan, anda boleh merujuk kepada doktor pakar yang bertauliah.
Di zaman serba moden dengan pelbagai tekanan hidup, anxiety disorder sudah tidak asing lagi. Ia bukanlah penyakit pelik yang harus dimalukan. Namun jangan dibiarkan anxiety disorder berterusan tanpa rawatan, anda harus berusaha untuk mengubatinya samada secara alami mahupun secara konvensional.
Anxiety disorder yang dibiarkan melarat dan tidak dirawat akan menjejaskan kualiti hidup seharian anda dan orang sekeliling terutamanya keluarga. Sayangilah diri anda dan keluarga.
“Pasti ada harapan di sebalik kehampaan. Percayalah, pelangi pasti terbit usainya hujan”
-As Zulqa