Dalam ketidakstabilan ekonomi mutakhir ini, pasti anda tercari-cari peluang pelaburan yang stabil dan kurang risiko. Apa perasaan anda jika diberitahu terdapat pelaburan yang menjanjikan dividen tinggi 2 kali setahun dan sudah ditolak zakat? Menarik bunyinya kan.
Apa Itu AHB?
Jika anda belum pernah mendengar tentang AHB, disini kami akan terangkan serba sedikit tentang AHB untuk merungkai persoalan anda itu. AHB ialah singkatan kepada Amanah Hartanah Berhad. AHB merupakan sebuah entiti kewangan yang memfokuskan pelaburan pada aset hartanah.
AHB ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur dalam pemilikan hartanah komersial di lokasi ‘hot spot’ di Malaysia. Dana AHB boleh dilanggan atau dibeli oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 seunit di kesemua ejen sah di seluruh Malaysia, iaitu Maybank, Ambank, Ambank Islam dan Bank Islam. Anda boleh bermula hanya dengan RM100 sahaja.
Sebagai amanah hartanah awam, AHB membolehkan pelabur melibatkan diri dalam pasaran hartanah tanpa keperluan untuk memiliki hartanah secara langsung. Pelabur dapat menikmati pulangan hartanah ataupun dipanggil dividen tanpa perlu pening kepala memikirkan masalah pengurusannya.
Dengan kata lain, AHB ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk turut serta menjadi sebahagian daripada pelabur dana AHB dan dapat menikmati hasil dividennya. Dalam dunia pelaburan yang dinamik, AHB menonjol sebagai pilihan popular di kalangan pelabur yang mencari kestabilan dan pulangan yang memberangsangkan.
AHB Dividen
Dividen AHB adalah fokus utama yang ingin diketahui oleh umun. Kelebihan dan manfaat melabur di dalam AHB ialah dividen AHB dibayar 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan April dan Oktober. Seperti yang diumumkan secara rasmi pada 5 Oktober 2023 AHB dividen 2023 untuk kali kedua tahun ini kekal pada 2.5% setelah ditolak zakat. Bermakna, dividen AHB untuk setahun ialah pada kadar 5%.
Pelabur AHB boleh menyemak dividen AHB bermula 13 Oktober 2023. Secara relatifnya jika dibandingkan, dividen ASB lebih banyak dari dividen AHB pada tahun lepas iaitu pada kadar 5%++ namun, ianya masih belum ditolak zakat. Jadi secara rasionalnya, pulangan dividen AHB adalah lebih tinggi berbanding dividen ASB kerana dividennya telah ditolak zakat.
Cara melabur dalam AHB
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank, Ambak atau Bank Islam untuk membuka akaun AHB. Adalah dinasihatkan untuk anda menghubungi pihak bank terlebih dahulu untuk membuat janji temu dengan pegawai bank yang menguruskan AHB.
Anda perlu mengisi borang berkenaan pembukaan akaun AHB dan perlu membawa sekali kad pengenalan (ic) sebagai dokumen pendaftaran. Setelah berjaya membuka dan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun AHB, anda perlu memuat turun aplikasi (apps) myAHB untuk menyemak akaun anda kelak. AHB app memudahkan anda untuk memantau dan merancang pelaburan anda.
AHB Maybank
Maybank Asset Management dilantik sebagai pengurus untuk menguruskan dana AHB. Mungkin disebabkan ini, ramai lebih selesa membuka akaun AHB di Maybank.
Anda juga boleh akses akaun AHB melalui Maybank apps. Melalui Maybank apps anda boleh masuk ke bahagian akaun dan seterusnya ke bahagian ‘WEALTH’. Di bahagian ‘WEALTH’ ini anda boleh menyemak dan membuat transaksi penambahan mahu pun pengeluaran.
Adalah disarankan untuk anda tidak mengusik wang yang telah dilaburkan di dalam AHB untuk memastikan ia ‘berkembang biak’ dan menjanjikan pulangan yang lumayan kelak. AHB ‘return’ agak lumayan untuk amaun pelaburan yang banyak dan lama.
Untuk pengetahuan, sebelum ini bilangan unit AHB adalah terhad dan kebiasaannya habis dibeli oleh para pelabur macam ‘goreng pisang panas’. Setelah unit yang baru dibuka habis dibeli, pelabur tidak boleh menambah dana pelaburan sehinggalah unit tambahan baru diumumkan.
Contohnya pada tahun 2020, dalam masa 6 hari sahaja 100 juta unit habis terjual selepas ia dilancarkan! Namun pada tahun 2023 dana AHB boleh dibeli tanpa had waktu dan masih terbuka untuk pembelian.
AHB adalah salah satu pelaburan terbaik 2023. Ia juga merupakan pelaburan kurang risiko, stabil dan berbaloi.