aszulqa.com

Tips memilih durian terbaik supaya anda tidak tersalah beli durian!

Jika anda penggemar durian, pastikan anda tahu tips memilih durian terbaik supaya anda tidak tersalah beli durian!

Durian merupakan buah yang unik dengan pelbagai variasi dan kualiti yang berbeza. Durian yang paling popular ialah durian Musang King dan diminati ramai. Berikut ialah beberapa tips memilih durian terbaik:

 

  • Bentuk durian

Pilih durian yang berbentuk bulat dan nampak penuh. Durian yang berbentuk bulat mempunyai isi yang lebih banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.

 

 

  • Berat durian

 

Pilih durian yang lebih ringan. Jika anda perlu memilih antara durian yang lebih kurang sama saiznya maka pilihlah durian yang lebih ringan beratnya. Kebiasaanya semakin berat buah durian, semakin besar bijinya maka isinya lebih nipis. 

 

 

  • Duri durian

Pilih duri durian yang pendek, jarang dan bersaiz besar kerana kebiasaannya durian jenis ini mempunyai isi yang lebih sedap. Pilih durian yang berduri cantik, tidak berlubang dan tidak terlalu berkeriput dikhuatiri isi dalamnya tidak cantik. Hindari kulit durian yang terlalu lembek dan bewarna kecoklatan yang menandakan durian ini sudah lama.

 

 

  • Bau durian

Pilih durian yang memiliki aroma yang kuat menyengat seperti berbau manis, pahit dan segar. Bau durian yang kuat menunjukkan buah durian itu sudah masak. Jika durian tidak mengeluarkan bau dikhuatiri durian itu belum sepenuhnya masak ataupun dipanggil durian mengkal. Elakkan memilih durian yang tidak berbau ataupun memiliki aroma yang tidak sedap.

 

 

  • Penjuru durian

Pilih durian yang mempunyai penjuru belahan 5 kerana dipercayai durian yang juringnya ber belah 5 memiliki isi yang lebih banyak berbanding yang ber penjuru 6.

 

 

  • Tangkai durian

 

Perhatikan tangkai durian. Pilih durian yang bertangkai pendek, tebal dan tak terlalu kering kerana untuk yang lebih tebal dan banyak. Durian yang masih baru tangkainya berwarna hijau dan keras. Manakala tangkai yang kering dan kecut menunjukkan durian yang sudah lama.

 

 

  • Bunyi durian

Pilih durian yang ada bunyi getaran bila digoncang menunjukkan isi yang bagus. Jika ianya kurang berbunyi dipercayai isi duriannya sudah lembik dan lembap melekat pada dinding kulit durian.

 

Kesedapan durian itu subjektif kerana ia bergantung kepada citarasa individu. Ada yang sukakan rasa pahit melebihi rasa manis, dan ini selalunya adalah peminat tegar durian. Manakala kebanyakan orang sukakan rasa manis berlemak dan isi tebal seperti durian Musang King. Apa pun citarasa durian anda, tips memilih durian terbaik seperti di atas boleh diguna pakai supaya anda tidak tersalah beli durian yang tidak sedap, mengkal, tawar dan tidak berbaloi dengan wang yang anda belanjakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − five =

Scroll To Top