aszulqa.com

Fenomena Bau Wangi Bunga Bergabung Dengan Fenomena Full Moon & Cuaca Panas Pada Jun 2023 Cetus Kekecohan Di Media Sosial Malaysia

Fenomena bau wangi bunga bergabung dengan fenomena full moon di seluruh Malaysia pada bulan Jun 2023 telah mencetuskan kekecohan di kalangan pengguna media sosial.

Bermula 1 Jun 2023, bau bunga harum mewangi, menyengat dan menyucuk hidung mula dirasai oleh penduduk Malaysia. Pada waktu itu ramai yang sudah tertanya-tanya dan kehairan namun mungkin mereka masih mendiamkan diri kerana ber anggapan bauan harum bunga menyengat itu hanya dihidu oleh mereka sahaja. Al-maklmumlah wangi bunga waktu malam sangat sinonim dengan pelbagai unsur mistik dan ada yang mengatakan jangan ditegur jika terbau wangi yang menusuk hidung ditakuti ada yang ‘mengikut’ balik ke rumah nanti!

 

Tidak tahan dengan persoalan yang berlegar-legar di minda dan kebetulan pula pada 4 Jun 2023 terjadinya kejadian bulan mengambang penuh, maka persoalan fenomena bau wangi waktu malam yang menghantui diri di muat naik di Tik Tok As Zulqa. 

‘engagement’ yang tinggi


Dalam masa tidak sampai 24jam, video pendek rakaman ‘live’ full moon yang berdurasi 14 saat itu telah mendapat ratusan ribu views dan ribuan komen serta pelbagai respons daripada pengguna Tik Tok yang lain.

Sejak dari itulah mula tular & viral di Tik Tok fenomena bau wangi bunga viral dan fenomena full moon yang berlaku serentak dan menimbulkan pelbagai perdebatan dan maklum balas daripada pengguna media sosial. Tidak terhenti di Tik Tok, isu bau wangi bunga viral dipanjangkan pula ke facebook dan seperti yang dijangka mendapat maklum balas yang sama. Ramai juga pengguna media sosial yang lain memuat naik status bertanyakan situasi bau wangi bunga di kawasan kejiranan mereka.

Rata-rata mengatakan, mereka berandaian hanya mereka sahaja yang terbau wangi bunga waktu malam sejak beberapa hari berturut-turut dan tidak berani menegur ditakuti berkaitan dengan anasir mistik. Rupa-rupanya setelah isu ini virak di Tik Tok, kebanyakan pengguna media sosial di Malaysia mengatakan mereka mereka mengalami situasi yang sama dan tidak menyangka ianya terjadi di seluruh Malaysia! Fenomena viral ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang mengatakan bahawa bau tersebut sangat menyenangkan, manakala sebaliknya ada juga yang mengatakan bahawa bau tersebut sangat mengganggu dan menyeramkan.

Ada yang mengatakan bau wangi itu seakan-akan mengekori mereka walau ke mana sahaja mereka pergi. Ada juga yang risau kerana bau wangi bunga sangat kuat hingga dapat dihidu di dalam rumah dan juga di dalam kereta dan ini sangat menyeramkan bagi mereka. 

 

 

 

Setiap pengguna media sosial mengutarakan nama-nama bunga yang berbeza mengikut andaian mereka. Antara bau bunga yang diandaikan oleh mereka ialah bunga melur, bunga jasmine, bunga kemboja, bunga tanjung, bunga harum sundal malam, bunga pokok sena, bunga cempaka, bunga kenanga dikaitkan dengan fenomena bau wangi viral waktu malam di Malaysia. Ada juga yang menggelarkannya fenomena bau bunga melur kerana sangat yakin bau wangi viral yang dihidu datangnya dari bunga melur sahaja sedangkan bukan hanya bau bunga itu yang menyumbang kepada fenomena viral tersebut. 

bunga melur/ jasmine

bunga harum sundal malam

 

Setelah diselidiki, rupa-rupanya fenomena bau wangi bunga ini turut melanda Indonesia dan menggemparkan penduduk sekeliling sekitar bulan November 2022 tahun lepas. Dipercayai haruman wangi viral itu berpunca daripada bunga pokok pulai yang kembang mekar dan banyak.

bunga pokok pulai (sumber: bulat.co.id)

 

Seorang pengguna media sosial fb, Zaifie Zinal berkongsi pandangan beliau tentang fenomena viral wangi bunga yang mungkin disebabkan bunga-bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’ disebabkan oleh fenomena bulan penuh. Waktu seperti inilah bunga-bunga ini akan keluarkan haruman yang sangat kuat sehinggakan sesetengah daripada kita cakap “ada roh balik rumah la tu”. Tak pun ada pontianak yang mengikut. Nampaknya bau wangi waktu malam dan unsur mistik yang menyeramkan tidak dapat dipisahkan. 

Setelah diamati dengan teliti, menurut seorang Arkitek Lanskap yang sudah berbelas tahun bergelumang dengan ‘pokok’, bau bunga wangi yang menyengat itu didapati berpunca daripada bunga pokok tembusu. Bau wangi menyengat bunga tembusu dapat dihidu secara konsisten walau kemana-mana sahaja mereka pergi. Tidak pasti samada bauan yang sama dihidu oleh kebanyakan netizen, kerana mereka mungkin meneka nama bunga yang mereka kenali sahaja.

Pokok tembusu ini jarang dikenali ramai dan selalunya ditanam di sepanjang jalan raya, lebuhraya, taman-taman awam dan kawasan perumahan oleh Majilis Perbandaran. Jarang orang kebiasaan menanam pokok tembusu ini sebagai pokok hiasan di halaman ataupun sekitar rumah mereka. Berikut ialah ciri-ciri pokok tembusu:

 

Nama saintifik/ nama botani:  fragrea fragrans.
Nama ‘common’:  tembusu.


Ciri-ciri pokok:
Pokok tembusu padang boleh tumbuh sehingga 30 meter atau 98 kaki tinggi. Ianya boleh tumbuh walaupun di tanah yang tidak subur, mungkin disebabkan ciri ini jugalah ia sering ditanam di tepi jalanraya oleh Majlis Perbandaran. Pokok tembusu tumbuh menegak dengan dedaun yang rapat dan hujung dahan yang telangkup.

 

 


Ciri-ciri bunga tembusu:
Bunganya bersaiz kecil, berbentuk trompet, berwarna kuning pucat dalam satu gugusan. Bunga tembusu berbau amat wangi menyengat. Pokok tembusu mula berbunga pada dua musim setiap tahun, iaitu dari Mei hingga Jun & dari Oktober hingga November. Jadi tidak hairanlah jika fenomena bau wangi bunga ini heboh diperkatakan bermula awal Jun 2023 yang kebetulan jatuh pada hari yang sama bulan penuh ataupun di sebut fenomena ‘fullmoon’.

 

Berkemungkinan besar, musim panas yang melanda bukan sahaja di siang hari malahan panas membahang membawa ke malam hari juga menyumbang kepada fenomena viral bau harum bunga yang pelik dan sebelum ini tidak pernah terjadi di Malaysia. Ini kerana cuaca panas mendorong kepada proses pendebungaan pokok yang lebih optimum lagi.

Jadi dapatlah disimpulkan bahawa apabila fenomena wangi bunga + fenomena ‘fullmoon’ + musim panas membahang bergabung maka terjadilah fenomena viral bau wangi bunga yang kecoh diperkatakan di media sosial sekarang ini. Ketiga-tiga fenomena ini berlaku serentak pada Jun 2023 dan mungkin tidak pernah terjadi serentak sebelum ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak.

Semoga penerangan ini dapat merungkai misteri bau wangi bunga waktu malam yang menjadi tanda tanya banyak pihak sebelum ini.

Artikel ini ditulis oleh Dr. As Zulqa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + one =

Scroll To Top