Menu daging yang simple dan mudah disediakan ialah resepi daging goreng kunyit. Kami kongsikan rahsia & tips masak daging goreng kunyit lembut, tidak liat & juicy. Walaupun resepi daging goreng kunyit ini simple namun ia sedap dimakan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya daging goreng kunyit makan dengan apa sedap?
Apa kata anda gandingkan daging goreng kunyit bersama nasi panas, sup ayam ataupun sup campur, sambal belacan, ulam-ulaman dan lain-lain lauk kegemaran anda.
Walaupun terdapat pelbagai versi daging goreng kunyit seperti daging goreng kunyit basah, daging goreng kunyit berkuah, daging goreng kunyit ala Thai, daging goreng kunyit kedai tomyam ini adalah versi daging goreng kunyit simple namun sedap dimakan tidak liat & tidak keras sebaliknya lembut empuk dan ber ‘juicy’. Bonus resepi daging goreng kunyit ini ada rasa sedikit berempah rahsianya terletak pada penambahan biji ketumbar.
1-2 cawan air
minyak masak
1 tangkai cili merah