aszulqa.com

Buat Duit Dari Rumah 4-5 Angka Dari Hujung Jari Anda! Buat Duit Online Tanpa Modal

Adakah anda masih tidak percaya zaman sekarang ini anda boleh buat duit mudah 4-5 angka hanya dari hujung jari anda sahaja tanpa perlu masuk pejabat ataupun setiap hari terpaksa menghadap kesesakan lalulintas trafik? Ya, anda boleh buat duit dari rumah dan boleh mencapai pendapatan  4-5 dari keselesaan rumah anda sahaja.

 

1. Buat Duit Dengan Affiliate Marketing
Cara buat duit online tanpa modal paling mudah ialah dengan menyertai program Affiliate. Jika ada yang bertanya apa itu affiliate? Affiliate adalah cara mempromosikan, mengiklankan & memasarkan produk samada produk fizikal mahupun produk digital di internet. Dengan kata mudah program Affiliate ataupun dikenali sebagai Affiliate marketing ialah pemasaran produk melalui link yang didaftarkan atas nama anda. 

Cara menjadi affiliate ialah anda cuma perlu mendaftarkan diri ke dalam mana-mana program Affiliate yang ditawarkan. Setelah pendaftaran berjaya, anda akan diberikan URL & ID (link) khusus untuk anda sahaja.  Kemudian anda perlu meletakkan link tersebut di mana-mana platform yang anda miliki di internet seperti website, blog & Youtube. Anda juga boleh meletakkan link di akaun media sosial anda seperti facebook, twitter dll. Apabila seseorang klik pada link anda dan membuat pembelian melalui link itu, maka anda sudah berjaya mendapat komisen daripada produk terbabit. Kadar komisen bergantung kepada produk. Selalunya lebih mahal produk, maka lebih banyaklah komisen yang anda dapat dan demikianlah sebaliknya.

 

Antara strategi pemasaran affiliate atau affiliate marketing berkesan samada dengan menjual barang murah dalam kuantiti atau volume yang banyak (berjaya ‘close sale’ banyak) atau menjual barang yang mahal dengan komisen yang tinggi. Kebiasaannya, orang lebih senang membeli barangan murah berbanding barangan mahal. Jadi terpulang kepada kreativiti anda untuk mempromosikan produk melalui link anda untuk menghasilkan pendapatan melalui komisen yang anda perolehi.

Perbezaan affiliate dengan agen produk fizikal yang lain ialah anda tidak mengeluarkan sebarang modal & tidak perlu memegang stok. Dengan bahasa mudahnya, anda buat duit tanpa modal tetapi mendapat komisen affiliate kerana anda bertindak sebagai orang tengah atau agen yang membantu mempromosikan produk orang. Buat duit dengan affiliate marketing semudah meletakkan link di sosial media anda, ada orang klik dan beli….Nah! anda sudah berjaya buat duit tepi. Jika dibuat dengan konsisten, rajin dan cara yang betul anda boleh buat duit dari rumah empat hingga lima angka hanya di hujung jari anda sahaja!

Salah satu program affiliate yang sangat popular sekarang ialah Shopee Affiliate Program. Mulakan langkah pertama anda buat duit dengan shopee dengan mendaftar SHOPEE AFFILIATE PROGRAM di sini

Selain program affiliate shopee, program affiliate TikTok juga sangat trending masakini. Jika anda sudah memepunyai akaun Tiktok mungkin anda sudah biasa melihat dan mendengar pengguna tiktok menyebut beg kuning. Ada boleh buat duit dengan TikTok affiliate apabila ada orang klik pada beg kuning dan membeli pada beg kuning yang anda letakkan di video anda.

Anda juga boleh buat duit online dari rumah tanpa modal dengan menyertai program affiliate ebook. Jadi buatlah pilihan bijak untuk menyertai mana-mana program affiliate marketing yang anda sukai.

 

 

2. Buat Duit Dengan Youtube
Mungkin ramai yang sudah tahu, anda boleh buat duit dari Youtube seperti channel Youtube Che Nom yang sudah mencapai jutaan subscribers dengan ratusan juta views.

 

Ramai yang sudah mencuba nasib buat duit dari Youtube sebagai pendapatan tambahan ataupun pendapatan sampingan. Buat duit di Youtube walaupun tanpa modal, anda memerlukan kemahiran ‘editing video’ samada editing asas melalui handphone ataupun editing yang memerlukan kemahiran software melalui laptop ataupun komputer seperti ini.

Anda juga perlu tahu apakah ‘niche’ dan ilmu yang anda ada & pilih untuk dikongsikan di Youtube. Namun demikian anda boleh juga membuat video Vlogging berkongsikan aktiviti harian ataupun ‘lifestyle’ anda yang dapat menarik minat orang untuk menonton. Syarat untuk mula memonetasikan Youtube ialah anda perlu mematuhi kedua-dua syarat ini iaitu mempunyai 1,000 subscribers dan cukup ‘watchhour’ selama 4 jam.

Setelah berjaya memperolehi 1,000 subscribers dan cukup ‘watchhour’ selama 4 jam, anda boleh memohon program monetasi dari Youtube. Apabila permohonan anda diluluskan oleh Youtube maka anda sudah boleh menjana pendapatan melalui Youtube melalui paparan iklan (ads) yang lalu lalang di video anda dan ditonton orang.

 

Walaupun kedengaran mudah namun ia mengambil masa berbulan-bulan malah ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk memenuhi syarat monetasi Youtube. Disebabkan itulah ramai yang pada mulanya nak buat duit dari Youtube tetapi berhenti separuh jalan kerana cepat putus asa. Anda perlu rajin, konsisten dan belajar teknik yang betul untuk buat duit dari Youtube. Tidak semudah yang disangka.

Selain itu, anda boleh juga menggunakan populariti channel anda untuk membantu mempromosikan produk atau bisnes client melalui video review. Ini dinamakan ‘paid promotion’, dimana client akan membayar servis anda untuk membuat video review atau pun dipanggil video marketing untuk mempromosikan bisnes mereka contohnya seperti video kami di bawah ini:

 

 

3. Buat Duit Dengan Penulisan

Adakah anda pernah mendengar term ‘ghostwriter’? Jika di terjemahkan ghostwriter bermaksud penulis upahan. Banyak Ghostwriter Malaysia sudah berjaya buat duit dari kemahiran menulis mereka menjadi pendapatan sampingan, pendapatan tambahan mahupun pendapatan utama.

Jika anda memiliki ilmu pengetahuan atau pengalaman yang berharga dalam bidang tertentu, anda bolehlah menulis dan menerbitkan sendiri buku elektronik ataupun dikenali sebagai ebook. Anda dapat menjualnya secara online dan antara platform antarabangsa ialah seperti Amazon Kindle Direct Publishing atau Smashwords.

 

Anda juga boleh buat duit melalui penulisan dengan menawarkan servis menulis konten marketing dan review untuk klien dalam masa yang sama mempromosikan bisnes mereka di website anda seperti servis yang kami tawarkan di website ini. Penulisan artikel, review dan konten marketing kami dioptimasikan dengan suntikan kepakaran SEO atau selalu disebut sebagai ‘SEO optimization’. engan kata lain, pemilik bisnes ‘menyewa’ satu slot di website blog yang sudah bertahun-tahun anda bina untuk dapatkan trafik pembaca yang banyak

Kelebihan yang client perolehi ialah bisnes mereka akan naik di carian google dengan ‘keyword’ yang tepat. Ramai orang dan prospek akan nampak bisnes anda melalui organik marketing (organis marketing) ini. Organic marketing bermaksud anda tidak perlu buat iklan berbayar (paid ads) setiap bulan untuk tarik pelanggan. Pelanggan akan jumpa bisnes anda secara semulajadi di carian atas google dan inilah yang dipanggil organik marketing seperti servis yang kami tawarkan.


Buat duit melalui penulisan tidak terhad kepada menjadi ghost writer, menulis ebook atau menawarkan servis organik marketing sahaja. Disebabkan anda sudah mempunyai kepakaran menulis, anda boleh menawarkan kelas penulisan online kepada sesiapa yang berminat. Ada juga yang menspesifikkan lagi kepada kelas penulis upahan. Pasti ramai yang berminat untuk menyertai kerana boleh buat duit semudah di hujung jari mereka sahaja! Lagipun masih ramai yang tidak tahu kewujudan servis penulis upahan (ghost writer Malaysia) ini berbanding kewujudan penulis novel.

Walaupun anda boleh buat duit online tanpa modal, semua itu memerlukan keinginan & niat yang betul, usaha, ilmu, kerja keras, konsisten dan tidak cepat putus asa. Paling penting biarlah serasi dan sesuai dengan minat dan kebolehan anda. Anda juga perlu sentiasa belajar untuk mengembangkan diri di bidang yang anda pilih dan minati. Tidak ketinggalan sifat sabar menanti hasil seperti anda menanam pokok yang dibenih, disemai, dibaja, disiram dan dijaga rapi sehingga mengeluarkan hasil yang berbuah ranum.

 

Ingatlah
“Sabar itu buahnya manis”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 1 =

Scroll To Top