aszulqa.com

ayam masak rose resepi tukang masak kenduri

Alangkah enaknya makan nasi minyak kenduri kahwin bersama dengan ayam masak rose. Selalunya ayam masak rose senang didapati di majlis kenduri kahwin dulu-dulu yang masih mengamalkan konsep memasak bergotong royong.

Read more

RESEPI AYAM PADPHEK (Masakan Thai Original) resepi ibu warganegara Thailand

Dalam kepelbagaian resepi masakan Malaysia, tidak kurang juga peminat resepi masakan Thailand di kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya, masakan Thailand mesti ada kombinasi rasa pedas, masam dan manis. Salah satu resepi ayam berasal daripada Thailand ialah ayam padphek.

Read more

kuey teow sup ala kopitiam

Masakan berkuah seperti sup sentiasa menjadi kesukaan ramai. Jika sebelum ini kita biasa makan sup ayam apa kata cuba buat resepi sup ala-ala kopitam yang ternyata lebih ringkas, mudah dan lain sedikit daripada sup Melayu. Resepi Kuey Teow sup ala-ala kopitiam perkongsian Siti Rahayu Ahmad ini telah mendapat banyak perkongsian di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

brownies kedut 5 bahan

Resepi brownies kedut 5 bahan, mendengarkan namanya sahaja sudah dapat di agak ia adalah resepi brownies mudah. Brownies resepi simple ini adalah perkongsian daripada Farwin Amellia dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

resepi sos thai viral

Resepi sos pencicah Thai daripada Siti Zubaidah Ibrahim telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

Kek blueberry untuk berniaga dan kos bahan

Seperti biasa, perkongsian resepi kek percuma beserta kos bahan ini datangnya daripada usahawan kek yang pemurah iaitu Azlina Ina dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

cara buat kuah rojak buah pekat likat

Bila mulut rasa tak sedap dan inginkan sesuatu yang masam manis, rojak buah adalah salah satu pilihannya. Bukan sahaja bila mulut rasa tak sedap, malahan pada hari kebiasaan pun jika selepas mengambil makanan berat dan terasa nak cari pencuci mulut, rojak buah boleh menjadi pelengkapnya.

Jika kebiasaannya kita hanya membeli sahaja rojak buah ini di gerai-gerai, apa kata cuba buat sendiri kuah rojak buah pekat likat mengikut perkongsian resepi daripada Cik Pooja dan telah mendapat ribuan share di  Resepi Viral Mudah dan Sedap yang pastinya lebih memuaskan hati bila di buat sendiri mengikut citarasa kita sendiri.
bahan-bahan:
? segenggam cili kering (dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas dalam 5 minit je lepas tu toskan)
? Belacan
? 1 cawan gula merah (bukan gula perang ye)
? 3 cawan gula pasir
? 1/2 cawan kicap pekat manis
? 5 sb sos cili
? 3 sb tepung jagung (dibancuh dgn 1/2cawan air)
? 2 sb garam (boleh letak sikit-sikit kalau takut masin)
? 2 sb bijan
? Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar
Cara memasak kuah rojak buah:
? cili + belacan + secawan air dikisar sampai halus (masukkan dalam kuali)
? Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali)
? Masukkan gula pasir
? Masukkan kicap dan sos cili
? Masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih…jaga-jaga sebeb dia cepat meruap takut melimpah, kena selalu kacau kuah tu
? Bila kuah dah mendidih… masukkan garam secukupnya.. supaya balance rasa dia
? Lepastu tu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati
?Time ni memang kena selalu kacau guna api slow ye
? Masak smpai kuahnya agak pekat
? Barulah masukkan 2 sb bijan dan 2 sb kacang tanah yang dah dikisar….kacang kisar yang lebih tu bila time nak makan baru ditabur lagi atas rojak
? Masak lagi sampai pekat hitam memikat 
?Siap sudahhhh ?

Read more

resepi kek pandan karamel untuk berniaga beserta kos bahan

Mendengarkan nama kek pandan karamel sahaja sudah cukup menggiurkan, apatah lagi jika dapat merasainya. Resepi kek pandan karamel perkongsian daripada usahawan kek tersohor iaitu Azlina Ina telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Beliau meng halalkan resepi ini diguna pakai oleh sesiapa sahaja terutamanya yang ingin mencari rezeki dengan berniaga kek. Beliau turut berkongsi anggaran kos bahan-bahan untuk membuat kek pandan karamel ini. Berikut ialah anggaran kos bekas, bahan-bahan kek dan kos topping kek.

Read more

puding buah naga dua lapis

Aneka puding sering menjadi menu pilihan sebagai pencuci mulut mudah. Walaupun sekadar puding simple namun keenakannya sebagai pemanis mulut tidak dapat dinafikan. Antara resepi puding yang digemari ialah seperti resepi puding cocktail, resepi puding berasaskan roti dan puding agar agar. Walapun resepi puding ini mudah namun jika tidak kena caranya, puding akan menjadi keras ataupun lembik. Tips supaya pusing tidak keras atau lembik ada disertakan di bawah sekali.

Read more

Scroll To Top