aszulqa.com

brownies kedut 5 bahan

Resepi brownies kedut 5 bahan, mendengarkan namanya sahaja sudah dapat di agak ia adalah resepi brownies mudah. Brownies resepi simple ini adalah perkongsian daripada Farwin Amellia dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

bahan-bahan:
130g marjerin
450g Beryl’s dark compound chocolate
100g tepung penaik BlueKey
180g gula perang
3 biji telur gred B

cara buat brownies kedut:
1. Coklat Beryl’s dark compound + marjerin cairkan (guna kaedah double boil)
2. Dalam bekas lain, campurkan gula perang & 3 biji telur. Kacau 4-5 kali cukup bagi mesra je
3. Coklat + marjerin yang dah cair tadi, kacau siap-siap. Tengah panas-panas tu terus tuang dalam adunan telur + gula perang tadi. Kacau manja bagi sebati je
4. Masukkan 100g tepung penaik tadi. Kacau manja jugak bagi sebati. Tekniknya kacau kat permukaan je sampai sebati.
5. Alas loyang dengan baking paper. Kalau takda baking paper, sapu loyang dengan marjerin je supaya brownies tak lekat. Sy takda baking paper buat mcm ni okay je
5. Tuang adunan ke dalam loyang 
6. Last sekali letak la topping kesukaan, tak letak pun okay je
7. Panaskan oven suhu 160. Selepas 5 minit, turunkan ke suhu 150.
8. Bakar selama 45-50 minit, suhu 150, api atas bawah (bergantung oven memasing ya).

Kredit: Farwin Amellia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − 3 =

Scroll To Top