aszulqa.com

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

Resepi pernah Viral iaitu Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ jadi ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
 

“Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.” Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

Bahan A 
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Cara-cara buat Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos:
1.Semua bahan A hanya perlu dikacau sebati sahaja.

2.Selepas dikacau sebati bolehlah masukkan pula bahan B kecuali coklat cip
3.Bila dah sebati, barulah tambahkan pula 2 cawan cip coklat
4.Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
5.Kemudian sedia untuk dibakar
6.Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
6. Masukkan dalam oven, bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
7.SIAP!

Bila nampak biskut sudah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di atas diletak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa, Dah cukup sedap dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 11 =

Scroll To Top