aszulqa.com

Kek blueberry untuk berniaga dan kos bahan

Seperti biasa, perkongsian resepi kek percuma beserta kos bahan ini datangnya daripada usahawan kek yang pemurah iaitu Azlina Ina dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Azlina Ina yang suka mem bahasakan diri dia sebagai mak sangat bermurah hati berkongsi resepi kek blueberry B40 katanya.

Sebab terlampau viral berbelas ribu bekas seminggu mak risau lama tunggu turn yang order. Kemampuan production terhad maka mak ajar korang buat sendiri ya. Antara killer product b40. Mana yang nak cari rezeki guna resepi ni mak alu-alukan.

Berikut ialah anggaran kos bekas, kos bahan kek dan kos topping.

kos bekas 20 sen
kod bekas SA10 (
bekas tau fu fa rendah)

kos bahan kek
1 bowl 7 biji telur dapat 10 bekas
kos 1 bekas untuk kek dalam 50 sen

kos topping
kalau harga cheese 500g rm16-18
Cheddar rm10
whipping dairy 250g rm8
susu pekat dan susu segar rm2
dapat dalam 10 bekas

Jadi keseluruhan kos toping RM3.60 + kos kek 50 sen + kos bekas 20 sen jadi total kos RM4.40-4.50. Ini adalah kos bahan-bahan sahaja, belum kos-kos lain lagi.

Resepi Kek blueberry melting b40
bahan-bahan:
7 biji telur gred A atau B
180gm gula halus
1 sdb ovalate
220gm (2 cawan)tepung gandum+1 sk baking powder ( ayak kan 2 kali)
1 sdb pewarna purple
2 sdb blubery emolco
150g susu segar
3 sb yogurt blubery
180gm minyak masak

Cara buat kek blueberry:
1) Masukkan kesemua ke dalam 1 bowl kecuali susu dan minyak
2) Mix slow bagi colour purple pekat bertukar purple, slow masukkan susu tadi sampai habis
3) Kuatkan volume mixer dan mix sampai gebu
4) Kemudian slowkan mixer masukkan minyak dan mix sebati
5) Masukkan adunan dalam bekas dan kukus
6) Masa kukusan ikut besar bekas juga, bekas ni mak kukus 7 minit api besar tanpa wraping

bahan-bahan topping:
500g cream cheese
160-170gm susu pekat (kemanisan ikut selera)
200gm whipping cream
300gm susu segar

Cara buat topping:
1) Gunakan blender dan blendkan semua sampai sebati
2) Tuang atas kek, paip filling bluebery (mak beli je kat bakery), parut cheddar dan siap untuk di jual ???

Kredit: Azlina Ina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × one =

Scroll To Top