aszulqa.com

lompat tikam viral RM1 di pasar berek 12

Percayakah anda masih wujud kuih berharga RM1 sebungkus di tahun 2023 ini? Kuih yang dimaksudkan ialah kuih lompat tikam yang sememangnya sinonim dengan Kelantan.

Kuih lompat tikam RM1 sebungkus ini masih boleh didapati di Pasar Berek 12, Kota Bharu, Kelantan. Alangkah beruntungnya penduduk Kelantan kerana masih dapat menikmati kuih muih sedap dengan harga yang tersangat murah, jika di Lembah Klang ini memang sudah tidak wujud harga ini…sebiji kuih sahaja pun sudah berharga 80 sen inikan pula sebungkus kuih yang ada 4 jenis bahan berlainan.

 

Untuk anda yang tidak pernah mengenali kuih lompat tikam ini, ia adalah kuih tradisional Kelantan. Boleh klik sini untuk mengetahui asal usul kuih lompat tikam dan resepi kuih lompat tikam Kelantan. Tutorial cara masak kuih lompat tikam sila klik sini

Secara asasnya, kuih lompat tikam terbahagi kepada 4 bahagian yang perlu ada iaitu tepung hijau, kepala santan, pulut merah dan air gula Melaka. Banyak bahan diperlukan untuk menyediakan kuih tradisional Kelantan ini, semestinya jugalah banyak kos tetapi peniaga ini masih mampu mengekalkan harga terlajak murah RM1…mungkin kerana ini jugalah kuih lompat tikam berek 12 ini menjadi viral! 

 

Kuih lompat tikam viral di Tik Tok kerana ramai yang berkongsi video berdurasi pendek kuih berharga RM1 ini dan setiap kali datang ke sini pasti kena beratur panjang. Untuk anda yang ingin bercuti ke Kelantan dan masih mencari-cari tempat menarik di Kelantan…anda perlu datang ke Pasar Berek 12 ini. Selain lompat tikam viral ada beberapa gerai makanan viral berek 12 lain yang perlu anda cuba seperti cek mek 10 sen sebiji, cakoi dan donut susu viral. Gerai cek mek 10 sen sebiji dan cakoi RM1 3 ketul juga terletak berhampiran gerai lompat tikam ini iaitu di tingkat 1 Pasar Berek 12.

 

Boleh lihat video di bawah untuk suasana di Pasar Berek 12 dan 3 makanan viral ini yang anda wajib cuba bila datang ke Kelantan:

Alamat:
Tingkat 1 Pasar Berek 12,
Bandar Kota Bharu,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.

Waktu operasi gerai lompat tikam bermula 9.30pagi sehingga habis.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 18 =

Scroll To Top