Jika mak-mak kita dulu suka masak lempeng untuk sarapan pagi, mak-mak moden sekarang mungkin lebih suka masak lempeng moden seperti pankek untuk anak-anak. Pancake gebu dan lembut mungkin lebih menarik perhatian anak-anak zaman sekarang kerana bentuknya yang lebih menarik dan inti yang boleh dipelbagaikan seperti inti coklat, nutella, kaya, ‘peanut butter’ dan sebagainya.
Resepi pancake kaya & pancake nutella yang comel, lembut dan gebu ini adalah hasil perkongsianĀ Adri Oppa dan telah mendapat banyak perkongsian di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
Bahan-bahan:
– 1 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan susu segar
– 1/2 cawan air
– 1 sudu teh tepung kastard
– sedikit vanilla
– 1 biji telur A
– 1 sudu teh baking powder
Cara buat pancake fluffy:
-Mix dalam blender sehingga sebati
-kemudian boleh la buat pancake mini (tokey guna sudu sukat besar) so sekata jeee bulat dia
-lepas tu intikan dengan apa juga citarasa korang, then kapitkan…hehee ok bye !!
*Tips memasak pancake gebu
Jangan masak pancake smpai kering sangat sebab nanti tak boleh kapit.
Kredit : Adri Oppa
Selain resepi pancake gebu, anda juga boleh mencuba resepi cheesekut oreo di bawah yang pasti menjadi kesukaan anak-anak, tidak terkecuali juga orang dewasa: