aszulqa.com

resepi waffle rangup dan lembut, sempurna kejadiannya!

Waffle rangup dan lembut semestinya sedap dan boleh buat kita teringat-ingat apabila membelinya di kedai. Anda hanya memerlukan acuan waffle untuk membuat sendiri waffle kat rumah. Cara buat waffle sebenarnya sangatlah mudah kerana kesemua bahan-bahan dibancuh sekali sehingga sebati sebelum di masak dia dalam acuannya.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF:

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air atau 1 cawan susu full cream & 1 1/2 cawan air
3/4 cawan minyak masak @ butter cair
2 biji telur
sedikit esen vanila
2 sudu makan susu tepung
3 sudu gula castor
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Cara buat waffle rangup dan lembut ialah dengan memasukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 10-15 minit. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan ke dalam bekas waffle dan masak!

Bagaimana? mudah sahaja bukan perkongsian resepi waffle sedap dari Nor Asiah yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap ini. Bolehlah cuba buat di rumah nanti, anak-anak pasti minta lagi dan lagi =). Lihat sahaja kejadian wafflenya yang sempurna dan sangat licin permukaannya, rugilah jika anda tidak ikuti resepi yang beliau kongsikan.

Klik sini untuk pelbagai resipi kuih muih resepi viral mudah dan sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 2 =

Scroll To Top