aszulqa.com

lompat tikam kelantan viral

Jika anda peminat kuih muih Melayu, anda pasti terliur melihat kuih lompat tikam viral Berek 12 Kelantan yang tular sejak kebelakangan ini. Berita baiknya, kini anda boleh buat sendiri kuih lompat tikam viral ini kat rumah menggunakan resepi kuih lompat tikam sukatan cawan. Walaupun ada 4 jenis bahagian kuih yang anda perlu sediakan untuk lompat tikam, tapi percayalah ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan.

Ramai juga yang tertanya-tanya lompat tikam asal daripada mana dan kenapa ia dinamakan begitu. Mendengarkan namanya yang menakutkan seperti tidak sepadan dengan kuihnya yang sedap berlemak manis. Menurut sejarah kuih lompat tikam ini berasal dari kerajaan Mahapahit. Kerajaan Majapahit ingin mempersembahkan kuih ini kepada Kerajaan Kelantan sekitar tahun 1700. Sewaktu dayang-dayang ingin mempersembahkan kuih ini kepada Sultan Kelantan, malangnya salah seorang dayang tersadung pada bendul di Istana, lalu melompatlah Sultan kerana terkejut dan tertikam dayang itu. Disebabkan peristiwa itu, Sultan Kelantan dengan rasminya menamakan kuih itu sebagai kuih lompat tikam.

Boleh share dahulu resepi lompat tikam Kelantan ini kat wall fb anda. Apabila bulan puasa tiba pasti berguna resepi kuih muih Melayu seperti ini. Tidak perlu lagi nak bersesak di bazaar Ramadhan, jimat masa, tenaga dan duit. Pasti puasa hati dapat buat sendiri kuih sedap ini dan jamu seisi keluarga.

Read more

Scroll To Top