Jika anda peminat kuih muih Melayu, anda pasti terliur melihat kuih lompat tikam viral Berek 12 Kelantan yang tular sejak kebelakangan ini. Berita baiknya, kini anda boleh buat sendiri kuih lompat tikam viral ini kat rumah menggunakan resepi kuih lompat tikam sukatan cawan. Walaupun ada 4 jenis bahagian kuih yang anda perlu sediakan untuk lompat tikam, tapi percayalah ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan.
Ramai juga yang tertanya-tanya lompat tikam asal daripada mana dan kenapa ia dinamakan begitu. Mendengarkan namanya yang menakutkan seperti tidak sepadan dengan kuihnya yang sedap berlemak manis. Menurut sejarah kuih lompat tikam ini berasal dari kerajaan Mahapahit. Kerajaan Majapahit ingin mempersembahkan kuih ini kepada Kerajaan Kelantan sekitar tahun 1700. Sewaktu dayang-dayang ingin mempersembahkan kuih ini kepada Sultan Kelantan, malangnya salah seorang dayang tersadung pada bendul di Istana, lalu melompatlah Sultan kerana terkejut dan tertikam dayang itu. Disebabkan peristiwa itu, Sultan Kelantan dengan rasminya menamakan kuih itu sebagai kuih lompat tikam.
Boleh share dahulu resepi lompat tikam Kelantan ini kat wall fb anda. Apabila bulan puasa tiba pasti berguna resepi kuih muih Melayu seperti ini. Tidak perlu lagi nak bersesak di bazaar Ramadhan, jimat masa, tenaga dan duit. Pasti puasa hati dapat buat sendiri kuih sedap ini dan jamu seisi keluarga.
A] TEPUNG HIJAU
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan air
pewarna hijau
garam
cara buat tepung hijau:
-masukkan semua bahan & konsisten kacau sehingga tepung bertukar menjadi pekat
-bila tepung dah meletup-letup (macam bubble) boleh tutup api
-masukkan dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti supaya ia mengeras (simpan lepas tepung dah suam atau sejuk)
B] KEPALA SANTAN
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan santan kotak
2 cawan air
2 sb tepung beras
daun pandan garam
cara buat kepala santan:
-masukkan semua bahan & konsisten kacau hingga pekat
-bila santan dah meletup-letup (macam bubble) boleh tutup api
-ketepikan seketika
C] AIR GULA MELAKA
Bahan-bahan
1 blok gula melaka
daun pandan
2 cawan air
cara buat air gula melaka:
-masukkan semua bahan dan masak hingga gula melaka larut
-dah larut ketepikan seketika
D] PULUT MERAH
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan beras pulut
1/2 cawan santan kotak
pewarna merah
2 cawan air
1/2 sb gula
garam
2 sb minyak masak (petua pulut berkilat cantik)
cara tanak pulut merah:
-basuh beras pulut
-masukkan dalam periuk kesemua bahan
-masak atas dapur gas macam masak nasi
Untuk lebih faham, boleh klik sini untuk tutorial cara buat lompat tikam.
Kredit: As Zulqa