aszulqa.com

Weekend Hi tea Buffet Melaka di LaCrista Hotel

Jika anda masih tercari-cari buffet hotel di Melaka, mungkin anda boleh mempertimbangkan Hi tea Buffet di LaCrista Hotel Melaka. Ikuti review hotel buffet di LaCrista Hotel Melaka perkongsian daripada Ainul Mardhiah Kalam di Hotel Buffet Dinner, Lunch, Hi Tea, Breakfast & Special Day.
 
Tarikh : 20/11/2022
Harga : RM52 selepas diskaun (Harga biasa RM70/ dewasa)
Masa : 12.00 – 4.00 petang, hari minggu sahaja
Parking : Percuma
Surau : Level 14
Service : ⭐⭐⭐⭐⭐
Buffet Spread : ⭐⭐⭐⭐⭐ banyak pilihan yang sangat menggiurkan
Taste : ⭐⭐⭐⭐⭐ kudos to kitchen crews
 

Bersempena PRU15 ni, bila dapur cuti bekerja maka buffet hitea menjadi pilihan. Kebetulan ada diskaun 20% untuk hitea. Jadi ke sini lah saya dan hubby walk in, mencuba masakan buffet sambil memberi review jujur.
 

Macam biasa. Untuk pencinta manisan seperti saya, sudah pasti Dessert Counter yang pertama mencuri tumpuan. Rambang mata melihat pilihan yang pelbagai warna. Ada Choc fountain, tart, puff, Kek batik, Kek choc, pelbagai Kek sponge, Puding Roti yang marvellous, Bubur kacang penuh rasa santannya, Aiskrim dan kon, Popcorn dan Es kacang. Rojak buah ada macam-macam jenis buah potong dan kuahnya pun saya amat suka.

Masakan lauk pauk yang ada terdiri daripada Barbeque Chicken Wing, Osso Buco Lamb, Portugis spicy Prawn, Teriyaki Skewer beef, Pan Seared Fish, Shepherd pie dan Buttered Vege. Lamb tersangat lembut dan menjadi favourite kami berdua. Begitu juga shepherd pie, langsung tidak terasa muak walau ditambah berkali-kali.
 

 
Bagi masakan panas, antaranya ialah satay daging dan ayam beserta sampingan. Satay ayam sedap terasa perapannya dicicah kuah kacang yang enak. Pisang goreng, keledek goreng, cendawan goreng pun ada, beserta sambal kicap padu. Untuk seorang yang berkelahiran Selangor, dan berketurunan Johor serta menetap di Melaka, sambal kicap ni padu sebab tidak cair, cukup kepekatan dan pedasnya.
 
 

Potongan pizza sangat lembut dan langsung tak keras seperti boleh dibaling ke dinding. Waffle, roti canai, roti john dan spageti tak sempat pula cuba sebab full sangat.

Masakan berat lain yang ada, mee goreng kawah dan laksa utara yang sedikit pedas. Berair juga mata ni walau orang Melaka terkenal dengan kecintaan terhadap pedas. Chicken rice ball tak sempat diambil, agak rugi disitu.
 

Sejujurnya, ini adalah kali kedua saya hi tea di sini. Pernah datang awal tahun ke sini, tapi sangat kecewa. Kami cuba beri peluang kedua, dan hasilnya SANGAT WOW & MENGAGUMKAN. 99% masakan sangat sedap. Seolah olah ada sentuhan tangan baru oleh kitchen crew. Syabas dari saya dan suami.
 

Kesimpulan, recommended oleh buffet lover seperti saya. Kami berdua akan repeat lagi, InsyaAllah. Sekiranya ada yang berminat, boleh pm Lacrista Hotel atau whatsapp mereka di talian +60 11-1100 0001
 

Kredit: Ainul Mardhiah Kalam
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 − 7 =

Scroll To Top