aszulqa.com

KAFE VIRAL TERBARU

Sejajar dengan peredaran zaman, banyak kafe-kafe yang tumbuh bagaikan cendawan. Kafe hipster dan kafe dengan dekorasi unik sering menjadi tarikan orang ramai untuk datang berkunjung.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Ruma Pokok atau lebih dikenali sebagai Rumah Pokok Sungai Pelek adalah antara kafe viral terbaru Selangor tahun 2022 yang terletak di Sungai Pelek, Selangor. Ruma Pokok berkonsepkan kafe, karya dan alam yang mana dekorasi lanskapnya bergabung indah dengan hiasan dalaman dan menu kafe hipster.

 

  

Dekorasi Kafe Rumah Pokok Sungai Pelek didominasi oleh warna hitam & putih, berlatar belakangkan dinding kayu dan berlantaikan ‘simen render’ di bahagian dalam dan susunan bata merah di luar kedai. Kehijauan dari tumbuhan lanskap disusun dengan perincian yang teliti di sekeliling kafe seperti mendapat sentuhan dari Arkitek lanskap.

 

Walaupun keluasan kafe yang terbatas, banyak juga spot yang boleh dijadikan port ‘OOTD’ @ ‘instagramable’. Ini adalah antara port ootd menarik di sekitar Sepang, Selangor.

 

Sepertimana kafe hipster lain, kafe Ruma Pokok juga menawarkan pelbagai pilihan minuman ‘frapucinno’ @ ‘ice blendend’, ‘iced coffee’ dan ‘hot coffee’. Yang suka minum ‘starbucks’ tu mungkin boleh cuba minuman kat kafe hispter Sungai Pelek ni. Selain ‘coffee’ ada juga menu ‘western food’ dan kek.

 

Klik sini untuk ‘short’ video RUMA POKOK

Lokasi dan alamat RUMA POKOK

No 1, Kedai PLB,
Taman Sri Merbau,
Taman Seri Serbau,
43950 Sungai Pelek, Selangor.

 

Waktu operasi RUMA POKOK

TUTUP: Isnin
Selasa – Jumaat: 4 petang – 11 malam
Sabtu & Ahad: 4 petang – 12 malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 3 =

Scroll To Top