aszulqa.com

resepi Belebat Keledek Oren

Belebat oren adalah kuih kampung yang mewah dengan rasa ubi keledek dan lemak manis secukup rasa. Mungkin anda tidak pernah menemui kuih tradisional ini di mana-mana gerai, kerana amat susah mencari peniaga yang menjual kuih tradisional ini sekarang.
 

Resepi belebat keledek oleh Zainoor Aliza Ali telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung (pilihan)
4 cawan santan
3/4 cawan gula
1 sk garam
1/2 kg keledek oren

Cara buat belebat oren:
-ubi keledek dikupas dan dipotong dadu.
-basuh dan rendamkan (1/2 jam) kemudian didihkan air dan toskan keledek
-masukkan ke dalam loyang dan gaulkan dengan 1/2 sudu kecil garam dan kukus keledek selama 15 minit atau hingga masak (jangan sampai empuk)
-bila dah masak ketepikan
-bancuhkan bahan-bahan lain dalam periuk dan kacau rata hingga sebati
-kacau bancuhan hingga likat dan mula nak berketul
-masukkan keledek dan kacau perlahan hingga berketul
-tutup api dapur dan biarkan adunan sejuk
-basuh daun pisang dan layur daun di atas api dapur
-lapkan hingga bersih, potong daun pisang kepada bahagian kecil (lebih kurang besar tapak tangan).
-sudukan adunan keledek ke dalam daun dan bungkus seperti bungkusan nasi lemak
-susun ke dalam kukusan
-didihkan air kukusan kuih selama 10-12 minit
-bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk sedap dimakan.
**kalau tak nak letak tepung jagung, cukup hanya letak 2 cawan tepung beras pada bancuhan.
**tepung beras ada bermacam jenis juga…letak tepung beras yang ada campuran tepung jagung
 

Kredit: Zainoor Aliza Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + 19 =

Scroll To Top