Resepi jagung cheese viral, makan sekali pasti nak lagi bagi yang pernah mencubanya. Rasanya yang berkrim lemak manis berkeju memang sangat sedap dan sukar dilupakan bagi penggemar makanan manis.
bahan-bahan:
3 tongkol jagung (dipotong)
1 tin susu cair
3 sb susu pekat
2 sb marjerin
5 keping cheese
chia seed *optional
cara buat jagung cheese viral:
1] rebus potongan jagung hingga empuk kemudian toskan
2] dalam periuk masukkan susu cair, susu pekat dan marjerin kemudian kacau sebati
3] masukkan 2 keping cheese dahulu & kacau sebati
4] kemudian masukkan potongan jagung dan kacau sebati
5] letakkan lebihan 3 keping cheese lagi
6] bila cheese hampir cair tutupkan api dan taburkan chia seed
7] siap!
Klik sini untuk tutorial cara masak jagung cheese viral.
Kredit :As Zulqa