aszulqa.com

kek marble sukatan cawan gabungan rasa kek red velvet dan kek coklat

Kek marble tampak menarik dan cantik kerana bercorak dan berwarna kontras.  Apabila dipotong, setiap belahan kek marble ini kelihatan seakan marble mungkin disebabkan itulah ianya dinamakan kek marble. Resepi kek marble sukatan cawan adalah paling mudah diikuti dan difahami.

Kek marble pasti lebih sedap jika rasa kek red velvet bersama kek coklat digabungkan bersama. Ikuti resepi kek marble ini yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

bahan-bahan:
250gm butter
1 cawan gula halus (boleh blender gula pasir)
4 biji telur
3 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil red velvet emulco
1sudu kecil coklat emulco

Cara buat kek marble:
1) pukul gula dan butter sampai gebu dengan mixer
2) masukkan telur satu persatu
3) masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul sebati
4) masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak
5) mix sekejap dan siap
6) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
-1 bahagian biarkan asli tanpa pewarna
-1 bahagian letakkan red velvet emulco
-1 bahagian letakkan chocolate emulco 


7) Sediakan loyang 8 inci yang telah dilapik kertas dan juga dilenser butter
8) Layerkan adunan tadi berselang seli untuk mendapatkan layer yang diingini
9) Bakar adunan selama 50 minit api atas bawah suhu 165celcius…terpulang oven masing2 ?
*jangan lupa panaskan oven 5 minit ke 10 minit terlebih dahulu sebelum dibakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − three =

Scroll To Top